Ketika rakyat sudah dibebani harga barang naik, caj QR DuitNow jadi pertikaian

September 29, 2023 · Isu semasa

Pelbagai pihak sama ada pengguna dan kumpulan perniagaan memberi reaksi kurang senang berhubung laporan keputusan untuk mengenakan bayaran transaksi baharu menerusi aplikasi QR DuitNow bermula 1 November nanti.

Langkah mengenakan caj pembayaran menerusi aplikasi itu dipertikaikan banyak pihak pada ketika rakyat berdepan pelbagai isu kos harga barang naik, ditambah dengan bekalan barang asas yang tidak menentu kebelakangan ini.

Terdahulu Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan bahawa vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

Dalam satu kenyataan, PayNet berkata, terdapat dua e-pembayaran berbeza dikenakan caj iaitu kadar diskaun peniaga (MDR) dan fi 50 sen bagi transaksi melebihi RM5,000.

“Mulai 1 November, pengecualian MDR untuk pembayaran menerusi kod QR DuitNow berakhir. Ketika ini, pembayaran kad debit dan kredit tertakluk kepada MDR, manakala terdapat pengecualian MDR untuk pembayaran QR,” katanya.

PayNet berkata, MDR bukanlah caj baharu atau tambahan, ia sebaliknya insentif untuk menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR yang diperkenalkan pada 2019 dengan MDR telah dikecualikan.

Susulan itu banyak pihak menyuarakan gesaan agar cadangan tersebut dipertimbangkan semula, antaranya Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

Presidennya, Datuk William Ng, berkata caj MDR yang akan dikenakan kepada peniaga untuk pembayaran diterima menerusi DuitNow adalah satu kejutan besar kepada industri.

“Walaupun kami tahu MDR atau komisen telah wujud sejak dulu lagi, ia (PayNet dan bank) seperti sewenang-wenangnya untuk mengenakan sehingga 0.5 peratus ke atas pembayaran diterima.

“Kita mesti sedar bahawa PayNet pada asasnya adalah monopoli dan peniaga tidak mempunyai pilihan selain menggunakan DuitNow selepas melaburkan sejumlah besar masa dan sumber untuk menggalakkan pelanggan membayar melalui satu QR,” katanya.

Beliau menjelaskan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SAMENTA secara aktif menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor peruncitan serta makanan dan minuman (F&B) untuk mendigitalkan perniagaan dengan pantas dan menjadi teras untuk menerima e-dompet.

“Oleh itu, ini terasa seperti pengkhianatan daripada pihak DuitNow,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya membantah tindakan tersebut kerana khuatir surcaj serta komisen tersebut akan diterjemahkan kepada pelanggan dengan kenaikan harga makanan dan minuman.

Katanya, kerajaan sepatutnya bertindak untuk mengurangkan sebarang bentuk caj atau surcaj atau komisyen.

”Peralihan kepada sebarang bentuk kewangan secara digital adalah untuk memudahkan transaksi antara pelanggan dan peniaga serta mengurangkan pengunaan masa, tenaga dan kerja sejajar dengan aliran dunia ke era digital.

”Namun usaha tersebut bukan satu peluang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan oleh bank dan institusi kewangan, perkara ini adalah tidak wajar berlaku,” katanya dipetik laporan media.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Abdul Alim Abdul Hassan berkata, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan caj transaksi tersebut akan membebankan lagi kos operasi.

”Kami daripada persatuan Mawar tidak bersetuju dengan caj transaksi yang bakal dikenakan.

”Dalam keadaan ekonomi sekarang yang mana kos operasi makin meningkat, tindakan ini adalah sesuatu yang bakal menyebabkan harga barangan meningkat,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, media tempatan melaporkan “merchant” atau penjual yang menerima pembayaran menerusi QR DuitNow akan dikenakan caj bergantung kepada mod pemindahan wang.

Perkhidmatan itu membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod.

Berita berkaitan
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Cukai baharu akan menekan PKS, kumpulan dakwa kerajaan tidak berunding
October 14, 2023· Isu semasa
Rombak segera Kabinet kerajaan campuran yang tak berfungsi: Afnan
October 5, 2023· Politik
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok