Peneroka syukur hutang berkurangan, berterima kasih kepada Muhyiddin

September 23, 2021 · Isu semasa

Langkah penghapusan hutang peneroka yang diumumkan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berjaya meringankan beban kewangan peneroka, rata-rata bersyukur dengan inisiatif yang diperkenalkan tersebut.

Untuk rekod, mantan Perdana Menteri tersebut mengumumkan pada 7 Julai lalu persetujuan dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Pelupusan hutang tersebut dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

Peneroka Felda Trolak Selatan, Perak menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Muhyiddin sebaik menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman baru-baru ini.

Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan, Mohd Hassan Baharin gembira dan berbesar hati kerana buat pertama kalinya setelah 39 tahun, Felda telah melupuskan sebahagian besar pinjaman kebun beliau dan peneroka lain.

“Saya amat berpuas hati apabila mendapat penyata pendapatan yang baharu, potongan bayaran kembali saya dikurangkan kepada RM167 sebulan berbanding RM300 yang sepatutnya dipotong.

“Saya masih berhutang sebanyak RM12,000 tetapi selepas Felda mengambil langkah melupuskan pinjaman peneroka, baki pinjaman kebun saya ialah RM6,013 sahaja,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal.

Mohd Hassan yang teruja selepas melihat baki hutang yang semakin berkurangan menyifatkan inisiatif tersebut mampu meningkatkan pendapatan bulanan mereka apabila potongan bayaran kembali dikurangkan dengan drastik.

“Saya yakin Felda amat mengambil berat dan meneliti pelbagai aspek sebelum laksanakan inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka Felda Trolak Selatan, Sulaiman Harun turut gembira apabila baki pinjamannya berkurang selepas menandatangani pinjaman tersebut, malah hanya perlu membayar RM250 sebulan berbanding RM300 sebulan sebelum ini.

“Apabila menerima penyata pendapatan, saya amat gembira hanya perlu membayar RM250 sebulan selepas menandatangani perjanjian penghapusan pinjaman itu. Pinjaman saya juga berkurang daripada RM114,000 kepada RM45,000 sahaja.

“Saya tahu jumlah sebenar pinjaman yang perlu dibayar apabila melihat slip bayaran ini. Sepatutnya perlu membayar RM300 tetapi kini ia telah dikurangkan, syukur Alhamdulillah,” katanya.

Bagi Pengerusi GPW Felda Trolak Selatan, Hawaniah Korik, Felda telah melaksanakan apa yang dijanjikan dengan peneroka iaitu melupuskan sebahagian pinjaman mereka.

“Keyakinan kami sentiasa bersama Felda. Kami berterima kasih kepada agensi ini kerana banyak membantu peneroka terutamanya dengan inisiatif yang begitu menguntungkan peneroka,” katanya.

Muhyiddin membuat pengumuman penting tersebut pada 7 Julai lalu semasa sambutan Hari Peneroka Felda 2021.

Pelupusan bersyarat itu merangkumi empat perkara:

i) Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82% dari keseluruhan 112,638 warga peneroka);

ii) Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46% warga peneroka);

iii) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34% warga peneroka); dan

iv) Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira 6% warga peneroka).

Berita berkaitan
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Kalau UMNO menang di kawasan PN baharu hebat, kata Sanusi
October 11, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
17 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
2 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
51 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok