Penerbit filem Mentega Terbang akan dipanggil JAWI, didakwa pesongkan umat Islam

March 2, 2023 · Isu semasa

Pihak terlibat dalam penerbitan filem berjudul Mentega Terbang akan dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Filem Mentega Terbang itu didakwa mempunyai babak yang bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata JAKIM juga sedang meneliti kandungan filem berkenaan secara menyeluruh dan mengemukakan laporan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut berpandukan undang-undang sedia ada.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diarahkan untuk memanggil pihak yang terbabit dengan penerbitan filem itu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihaknya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada orang awam yang menyatakan kegusaran berhubung kandungan filem berkenaan.

Menurutnya, beliau memahami sensitiviti masyarakat di negara ini khususnya yang beragama Islam berhubung filem itu.

Filem Mentega Terbang yang ditayangkan di media sosial sejak Januari lalu menerima kecaman dari pelbagai pihak dikatakan memaparkan babak menyentuh sensitiviti agama dan menghina Islam.

Mohd Na’im berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan apa juga kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan penggiat seni kreatif agar lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat kerajaan menuju Malaysia Madani tercapai.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan untuk tontonan seisi keluarga sama ada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah,” katanya.

Berita berkaitan
Penganjuran ‘Thai Hot Guy’, JAWI siasat pihak penganjur
March 22, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
16 laporan polis sudah diterima berhubung penceramah hina institusi beraja
March 16, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
48 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
14 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
59 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok