Penduduk Hulu Terengganu lari ke bukit berjaya diselamatkan

February 27, 2022 · Isu semasa

Ratusan mangsa banjir dari PPSK (Projek Penyusunan Semula Kampung) Felcra Gunung Menerong dekat Ajil di Hulu Terengganu, yang terpaksa melarikan diri ke kawasan bukit di ladang kelapa sawit berikutan rumah mereka ditenggelami air, telah berjaya diselamatkan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Maliaman Kassim ketika dihubungi Bernama petang ini.

“Betul, semua mangsa banjir di atas bukit yang tular itu telah pun selamat. Cuma saya tiada maklumat terperinci mengenainya…. yang penting semua sudah selamat,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa banjir tersebut, Mohd Naqiuddin Hakimi Khairul Anuar, 31, berkata dia telah dapat menghubungi semula adiknya yang turut terperangkap di bukit tersebut pada 6 petang tadi.

“Adik saya Fazeera Izyanie, 29, memaklumkan kesemua mangsa banjir telah mendapat bantuan dari penduduk Kampung Felda Tersat, yang menyelamatkan mereka dari bukit itu.

“Penduduk Kampung Felda Tersat berganding bahu membawa bot dan meredah laluan berbukit untuk menyelamatkan mangsa banjir di bukit tersebut, dan kesemua mereka kini dilaporkan selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pagi tadi, tular di media sosial beberapa video dan gambar yang memaparkan ratusan penduduk terpaksa berlindung di bukit itu, setelah kesemua rumah di kampung itu ditenggelami air.

Sementara itu keadaan sama turut berlaku di Hulu Terengganu sejak awal pagi tadi, sehingga menyebabkan ada penduduk kampung terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan bukit kerana air naik terlalu pantas.

Wan Suzana Wan Sulong, 37, berkata ibunya yang berusia 70 tahun bersama dua anak saudaranya (10 hingga 13 tahun – dua lelaki, seorang perempuan), hanya sempat melarikan diri ke bukit berdekatan rumah ibunya di Kampung Bukit Gemuruh dekat sini bersama jiran sekampung.

“Emak saya beritahu air naik terlalu cepat, tak dapat nak buat apa-apa. Mereka ramai-ramai selamatkan diri naik ke bukit dekat rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di Jalan Sekayu di sini, hari ini.

Wan Suzana berkata adiknya, Wan Mazira Wan Sulong, 33, yang tinggal di kampung bersebelahan (Kampung Menjing) pula sempat berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh bersama dua anak berusia sembilan bulan dan 14 tahun.

“Rumah emak dan rumah adik tenggelam sampai bumbung, seumur hidup saya, inilah pertama kali banjir besar macam ni, belum pernah jadi lagi. Kalau naik air pun sikit saja,” katanya yang memberitahu PPS didiami adiknya turut dinaiki air sehingga ke tingkat dua sekolah.

Sementara itu Sahabuzan Ahmad, 52, dari Kampung Tanjung Putat di sini berkata kali terakhir banjir besar seperti ini berlaku adalah sekitar 1988.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok