Pendakwah bawa jemaah tak lengkap vaksin perlu disiasat

January 11, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyiasat seorang pendakwah bebas yang mendakwa membawa jemaah tidak lengkap syarat vaksinasi untuk menunaikan umrah.

Beliau yang kesal dengan perkara itu berkata kejadian berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana antara syarat untuk menunaikan umrah mestilah lengkap divaksinasi dengan vaksin yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi, menurut laporan Bernama.

“Saya amat kesal kalau berlaku perkara seperti begitu sedangkan syarat telah ditetapkan mesti ‘fully’ vaksin (lengkap divaksinasi).

“Macam mana mereka boleh lepas ke sana (Makkah)? Pihak bertanggungjawab kena siasat macam mana mereka boleh terbolos ke sana,” katanya.

Beliau terdahulu menyampaikan sumbangan berjumlah RM338,000 kepada 338 kakitangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menjadi mangsa banjir hari ini.

Idris diminta mengulas mengenai pengakuan pendakwah terbabit yang membawa jemaah umrah tanpa vaksinasi.

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas didakwa menerusi Instagramnya tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dia membawa jemaah yang tidak lengkap divaksinasi menunaikan umrah, serta mengaku bahawa beliau sendiri turut tidak menerima vaksin ‘MM’.

Difahamkan MM merujuk kepada vaksin Meningococcal dan Meningitis yang menjadi syarat ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah umrah di seluruh dunia.

Sementara itu, Idris turut menasihatkan mana-mana pendakwah bebas supaya tidak menyampaikan sesuatu ilmu yang bukan menjadi kepakaran mereka dan menyarankan agar menyerahkan urusan itu kepada yang ahli.

“Saya sendiri tidak bercakap bab kesihatan dan saya percaya pakar perubatan kerana dalam agama kita diajar untuk bertanya kepada orang yang tahu jika kamu tidak tahu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok