Pencalonan Mas Ermieyati mampu mengangkat kepimpinan wanita dalam politik

November 19, 2021 · Isu semasa

Teka-teki calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) akhirnya terjawab apabila Naib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin diputuskan sebagai calon muktamad bagi jawatan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkeupayaan mencipta sejarah untuk dilantik sebagai Ketua Menteri wanita pertama di negara ini sekiranya PN mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Hakikatnya, gerakan politik wanita Malaysia telah bermula seawal tahun 1940-an lagi melalui pergerakan Kaum Ibu. Wanita Malaysia berjuang dengan meniup semangat nasionalisme dalam kalangan kaum ibu untuk bersama-sama menentang arus kolonialisme penjajah.

Selain itu, pergerakan feminisme di Malaysia juga berjuang menuntut kesamarataan antara lelaki dengan wanita dalam partisipasi politik dan sebagai pembuat keputusan di sektor awam dan swasta.

Maka, lahirlah beberapa kumpulan pergerakan wanita dalam bidang politik seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diasaskan oleh tokoh wanita bersemangat antipenjajah seperti Tan Sri Aishah Ghani, Datin Sakinah Junid dan Shamsiah Fakeh.

Selain politik, wanita juga menubuhkan pergerakan sukarelawan di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Young Women Association (1907), Women Teachers Union (1929) dan Women Institute (1952).

Kesinambungan perjuangan wanita pascamerdeka giat ditunjangi Majlis Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) yang begitu berperanan dalam memartabatkan kaum wanita di samping memperjuangkan hak mereka.

Sejak diasaskan pada tahun 1963 oleh Tan Sri Kamsiah Ibrahim, NCWO diterajui oleh tokoh wanita hebat seperti Tun Fatimah Hashim, Datuk F.R. Bhupalan, Puan Sri Janaki Athi Nahappan dan Puan Sri Fatimah Hamid Don.

Hingga kini, terdapat sebanyak 125 NGO bernaung di bawah NCWO yang memperjuangkan pelbagai isu mengenai wanita terutamanya dalam konteks sosial, politik, ekonomi, budaya dan intelektual.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, wanita semakin berani berpolitik dan melibatkan diri dalam proses pilihan raya. Perjuangan pergerakan kebangsaan seperti AWAS yang dipelopori oleh Tan Sri Aishah Ghani dan Kaum Ibu oleh Datin Putih Mariah Ibrahim merintis jalan kepada wanita untuk melebarkan sayapnya dalam bidang politik pada hari ini.

Tan Sri Fatimah Hashim ialah wanita pertama yang dilantik memegang portfolio dalam Kabinet Malaysia. Beliau dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am Malaysia dari 20 Mei 1969 hingga akhir Februari 1973. Semangat juangnya terpamer jelas apabila beliau bersama-sama penduduk tempatan berarak menentang Malayan Union sambil mendukung anak kecil dan mengheret tangan anak yang besar.

Manakala Aishah ialah wanita pertama yang dilantik sebagai senator dan yang kedua memegang jawatan menteri apabila dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am pada tahun 1972.

Pada masa ini, ruang politik di serata dunia adalah lebih kondusif kepada lelaki. Stigma masyarakat yang lebih mendukung kepimpinan lelaki menyebabkan penyertaan wanita dalam politik masih rendah berbanding lelaki.

Menurut rekod oleh Inter-Parliamentary Union (IPU), hanya 51 daripada 192 buah negara mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam politik dunia. Malaysia berada pada kedudukan ke-146 dengan kadar 14.9 peratus.

Kadar penglibatan wanita yang rendah di peringkat kepimpinan tertinggi negara akan menyebabkan keputusan yang dibuat mengenai isu-isu berkaitan dengan wanita terutamanya, kurang menepati kehendak dan kemahuan audiens sasaran.

Mungkinkah pada suatu hari nanti, rakyat bersuara dan memilih wanita untuk menduduki tampuk tertinggi kepimpinan negara? Di Britain umpamanya, pelantikan Margaret Thatcher sebagai Perdana Menteri pada tahun 1979 meninggalkan kesan mendalam kepada negara itu.

Margaret Thatcher telah diberi gelaran “Iron Lady” oleh seorang wartawan Soviet atas kehebatan beliau menangani konflik Perang Dingin dan Perang Falklands. Kejayaan beliau membangunkan ekonomi Britain yang mengalami kemerosotan pada masa itu membuatkan beliau dipilih untuk terus menerajui Britain pada penggal kedua.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok