Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK

September 21, 2023 · Isu semasa

Kes penagihan dadah di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu kepada 118,920 penagih, berbanding 93,534 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata trend peningkatan itu dilihat semakin merisaukan dengan lebih separuh jumlah tersebut terdiri daripada golongan belia, lapor Bernama.

“Pada tahun lepas lebih 137,000 penagih dadah direkodkan dan 65 peratus daripada jumlah penagih itu melibatkan golongan belia dan remaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media AADK malam tadi.

Katanya, berdasarkan trend penyalahgunaan bahan terlarang itu dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, penggunaan dadah sintetik dilihat lebih tinggi berbanding dadah organik.

Dalam pada itu, Sutekno mendedahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu antara negeri yang mencatatkan nisbah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk terlibat dengan masalah penyalahgunaan, manakala Selangor mencatatkan jumlah penagih tertinggi.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan golongan remaja dan belia terjerumus dalam kancah tersebut adalah waktu lapang mereka tidak diisi dengan sebarang aktiviti.

“Oleh kerana itu, kita telah lancarkan Skuad Antidadah pada tahun ini untuk memastikan golongan belia ada aktiviti yang berfaedah yang boleh dilaksanakan dan kita akan pelopori melalui skuad ini.

“Kita menyasarkan untuk menarik seramai satu juta ahli Skuad Antidadah menjelang pertengahan tahun hadapan dan setakat ini, kita telah memperoleh seramai 120,000 ahli.” katanya.

Selain itu, pihaknya turut menyasarkan kadar penagihan dadah berada bawah 400 orang daripada 100,000 penduduk dalam negara ini menjelang 2025, berbanding 426 orang daripada 100,000 penduduk direkodkan tahun lepas, menerusi pelbagai inisiatif agensi itu.

Sutekno turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak menyembunyikan ahli keluarga yang terkesan dengan ketagihan dadah dan tampil ke AADK untuk mendapatkan rawatan.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan ia perlu bermula dari rumah dan diketuai oleh keluarga itu sendiri yang sepatutnya melindungi anak masing-masing,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok