Pelaksanaan gaji minimum perlu teratur, kata Gabenor BNM

March 30, 2022 · Isu semasa

Dasar gaji minimum perlu dilaksanakan dengan teratur untuk memastikan langkah itu akan menyokong pertumbuhan ekonomi selain tidak menambah tekanan inflasi kepada negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata ini perlu terutamanya apabila negara baru menghadapi pandemik Covid-19 dengan ketidaktentuan global yang semakin meningkat berikutan ketegangan geopolitik, lapor Bernama.

“Dalam situasi semasa, pelaksanaan kenaikan gaji minimum perlu mengambil kira pemulihan yang tidak sekata dalam industri.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah mengurangkan gangguan dalam aspek ini. Kita perlu memberi sedikit masa kepada syarikat yang terjejas untuk menyesuaikan diri,” katanya pada sidang media secara maya sempena terbitan beberapa siri laporan BNM hari ini.

Laporan itu ialah Laporan Tahunan BNM 2021, Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2021 serta Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2021.

Nor Shamsiah berkata pendekatan secara berperingkat yang diumumkan oleh kerajaan akan turut membantu menangani isu gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya dari semasa ke semasa, gaji minimum perlu bertumpu untuk mengurangkan gangguan dalam pasaran kerja seperti pekerja berpindah kepada pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi.

“Oleh itu, apa yang lebih penting, perlu ada pelan hala tuju yang jelas dan telus supaya semua pihak yang terjejas, sama ada syarikat besar atau kecil, dapat merancang dengan sewajarnya untuk ke arah pemulihan,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 daripada RM1,200 pada masa ini dan ini akan dilaksanakan di seluruh negara untuk syarikat tertentu berkuat kuasa 1 Mei, 2022.

Berita berkaitan
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok