Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua

August 18, 2023 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 2.9% pada suku kedua tahun ini, terendah dalam tempoh hampir dua tahun, menurut perangkaan kerajaan terkini.

Prestasi lemah itu dikaitkan dengan eksport yang lebih rendah dan kelembapan ekonomi global, ia juga yang paling lemah sejak suku ketiga 2021 apabila ekonomi menguncup 4.2% sewaktu kemuncak krisis Covid-19.

Ia juga berada di belakang ramalan Reuters mengenai pertumbuhan 3.3% dalam tempoh April hingga Jun.

Reuters memetik pakar ekonomi hari ini sebagai berkata bahawa sasaran kerajaan untuk mencapai pertumbuhan 4% hingga 5% sukar dicapai.

Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi kekal berada di landasan betul untuk mencapai sasaran tahun ini, memetik pemulihan pasaran buruh, pelaksanaan projek dan aktiviti pelancongan.

Beliau juga berkata Rangka Kerja Ekonomi Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini akan memacu pertumbuhan dengan penyusunan semula ekonomi Malaysia.

Sementara itu, data Jabatan Perangkaan yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan eksport pada Julai merosot sebanyak 13.1% berbanding tahun sebelumnya, lebih teruk daripada ramalan penurunan 11.3% oleh pakar ekonomi.

Ahli ekonomi Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan rakyat negara ini akan bersikap berwaspada dalam berbelanja, yang akan memperlahankan lagi pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, Alex Holmes, pakar ekonomi kanan di Oxford Economics memberitahu Reuters beliau tidak merasakan ramalan pertumbuhan 4% hingga 5% kerajaan dapat dicapai.

“Permintaan dalam negeri kelihatan bergelut untuk mendapatkan momentum, kerana eksport yang lemah menjejaskan pendapatan perniagaan dan membebankan pelaburan, pengambilan pekerja dan pertumbuhan gaji,” kata Holmes.

Keadaan suram itu muncul apabila prestasi ringgi dilihat terus merosot di rantau ini, walaupun sebelum ini terdapat dakwaan pertukaran kerajaan akhir tahun lepas akan meningkatkan nilainya berikutan keyakinan pelabur asing.

Ringgit menjunam lebih 5% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
17 jam lalu· Isu semasa
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
17 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
17 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
23 jam lalu · Isu semasa
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
23 jam lalu · Isu semasa
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok