Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud

November 10, 2023 · Isu semasa

Seorang pekebun mengalami kerugian berjumlah RM132,515 selepas diperdaya tawaran kerja sambilan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya, lelaki berusia 27 tahun itu telah ditawarkan bayaran sebanyak RM15 bagi tugasan like, follow dan komen ke setiap akaun pengguna aplikasi TikTok yang diberikan kepadanya menerusi WhatsApp pada Selasa lepas, lapor Bernama.

“Mangsa melakukan tugasan yang diberikan sebelum menyertai satu kumpulan Telegram dan telah mendapat bayaran sebanyak RM45. Mangsa kemudiannya telah diminta sebanyak RM200 oleh pentadbir kumpulan aplikasi itu sebelum diberikan tugasan seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selepas membuat pembayaran dan menyelesaikan tugasan diberikan, lelaki berkenaan telah mendapat pulangan sebanyak RM240, yang membuatkan mangsa lebih percaya dengan suspek.

“Seterusnya, mangsa telah membuat beberapa transaksi bagi mendapatkan pulangan yang lebih besar menggunakan wang simpanannya dan pinjaman daripada rakan-rakan sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM132,515,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang berasa diperdaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tawaran kerja sambilan melalui media sosial yang menjanjikan bayaran lumayan.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok