Permohonan pinjaman cagaran KWSP diluluskan MBSB bernilai RM561 juta

May 9, 2023 · Isu semasa

Sebanyak RM561 juta sudah diluluskan MBSB Bank bagi permohonan pinjaman peribadi patuh syariah Ihsan-i melalui program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

MBSB mengesahkan jumlah pinjaman diluluskan itu melibatkan 27,202 permohonan dengan mencagar akaun KWSP mereka daripada 49,130 permohonan yang disahkan layak.

“Keseluruhan proses Ihsan-i daripada peringkat permohonan kepada pengeluaran pembiayaan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian tanpa memerlukan pemohon hadir ke cawangan MBSB Bank.

“Pemprosesan permohonan ini giat dijalankan MBSB Bank dalam usaha memastikan pemohon dapat menerima maklum balas dengan kadar segera,” katanya melalui kenyataan.

Bagi permohonan tidak berjaya, katanya, ia disebabkan beberapa faktor seperti pemohon berstatus muflis dan nisbah khidmat hutang pemohon yang tinggi.

“Bagaimanapun MBSB Bank mengambil maklum terdapat pemohon berstatus muflis menerima kelulusan. Ini disebabkan jumlah permohonan diterima sangat tinggi dalam tempoh masa singkat yang membawa kepada berlakunya keralatan sistem.

“Pemohon berkenaan pula membuat pengisytiharan yang mereka bukan muflis ketika membuat permohonan,” katanya.

Menurut kenyataan sama, MBSB Bank berkata pihaknya tidak akan mengenakan sebarang caj terhadap jumlah pembiayaan Ihsan-i yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan mereka dan status Akaun 2 KWSP juga tidak akan terjejas kerana Ihsan-i MBSB Bank mengguna pakai konsep Tawarruq.

“Antara kelebihan Ihsan-i adalah ansuran bulanan rendah pada tahun pertama kerana pelanggan hanya perlu menjelaskan bayaran keuntungan, tiada caj proses ataupun caj penamatan awal,” katanya.

Katanya, Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ dari jumlah keuntungan sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal.

“Kadar keuntungan Ihsan-i sangat kompetitif berbanding dengan kadar pembiayaan peribadi sedia ada. Ansuran bulanan Ihsan-i boleh bertambah atau berkurang tertakluk perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR), namun jumlah keseluruhan ansuran bulanan yang dibayar tidak boleh melebihi harga jualan.

“Harga jualan ini sudah dimaklumkan kepada pelanggan dalam tawaran pembiayaan yang perlu dipersetujui,” katanya.

Berita berkaitan
Pencarum faham langkah kerajaan tak benarkan keluar KWSP: MB Selangor
June 5, 2023· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan
May 24, 2023· Isu semasa
RUU Insolvensi: Muhyiddin gesa kaedah pelepasan bersyarat yang lebih fleksibel
May 24, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
15 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok