Pasukan khas ditubuhkan MPN kaji pembiayaan, tenaga kerja PKS

October 15, 2021 · Isu semasa

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini bersetuju untuk membentuk sebuah pasukan petugas khas bagi memperhalusi perkara berkenaan isu pembiayaan, tenaga kerja dan keperluan lain perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pasukan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia dan kementerian lain berkaitan.

“Pasukan petugas khas ini akan membentangkan kajian terperinci dan syor-syor dalam masa sebulan kepada majlis untuk pertimbangan,” katanya lapor Bernama.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat MPN di Lanai Kijang, BNM.

Mesyuarat hari ini memberikan fokus kepada dua kumpulan paling terjejas akibat pandemik Covid-19 iaitu PKS dan golongan rentan.

“Dalam hubungan ini majlis telah membincangkan bentuk bantuan kepada PKS dalam fasa pemulihan berhubung isu kecairan dan kekurangan tenaga kerja serta pengagihan bantuan makanan kepada golongan rentan,” katanya.

Muhyiddin berkata MPN berpandangan satu analisis terperinci perlu dibuat untuk memastikan industri terkesan berdasarkan statistik terkini dikenal pasti bagi memastikan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.

Ini mengambil kira pelbagai bantuan dan inisiatif sedia ada berkaitan kewangan dan penyediaan tenaga kerja kepada PKS di bawah pelbagai kementerian dan agensi.

Muhyiddin berkata MPN juga bersetuju supaya agihan bantuan makanan kepada golongan rentan perlu lebih berpendekatan Seluruh Negara (whole of nation) dengan peranan pertubuhan bukan kerajaan perlu diperkasa.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah beberapa ahli MPN iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Michael Kang serta Datuk Dr Hartini Zainudin, di samping beberapa wakil parti pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen Subang Wong Chen (PKR), Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP), dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah).

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Cukai baharu akan menekan PKS, kumpulan dakwa kerajaan tidak berunding
October 14, 2023· Isu semasa
Pegawai penyiasat 1MDB beri keterangan esok dalam kes pengubahan wang haram Najib
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok