Pandu selamat ketika hujan

September 23, 2022 · Isu semasa

Memandu dalam keadaan hujan dan ribut petir boleh menjadi satu situasi pemanduan paling sukar dihadapi pemandu hingga banyak pihak memberikan panduan bagaimana pengguna jalan raya boleh berbuat demikian dengan selamat dalam senario terbabit.

Sebenarnya, panduan pertama kepada pengguna jalan raya khususnya pemandu atau penunggang motosikal adalah jika berasa tidak selesa untuk memandu atau menunggang dalam hujan dan perjalanan itu pula boleh ditangguhkan, mereka wajar menunggu cuaca bertambah baik dahulu.

Tiada sebab untuk meletakkan diri pengguna jalan raya dalam bahaya jika tidak dalam keadaan tergesa-gesa untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Sebagai negara yang beriklim tropika Malaysia sentiasa menghadapi cuaca yang tidak menentu. Sebagai persediaan awal, pengguna jalan raya harus lebih bersedia untuk mengelakkan situasi tidak diingini terutamanya apabila hujan dengan mengambil beberapa langkah keselamatan seperti berikut:

  1. Lakukan Pemeriksaan Pengelap Cermin

Pengelap cermin atau lebih dikenali sebagai ‘wiper’ adalah komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi untuk membersihkan permukaan cermin hadapan. Ia juga sangat penting bagi memberi penglihatan yang lebih jelas terutamanya ketika hujan.

Biasan air hujan pada permukaan cermin hadapan terutamanya apabila hujan lebat boleh menyebabkan jarak objek di hadapan kelihatan lebih jauh daripada yang sebenarnya. Oleh itu, bagi memastikan pemanduan dalam hujan lebih mudah dan selamat, pastikan anda memeriksa keadaan pengelap cermin sama ada ia berada dalam keadaan baik agar dapat mengelap air hujan yang menghalang penglihatan anda.

  1. Menekan Pedal Brek Dengan Perlahan

Permukaan jalan raya boleh menjadi sangat licin apabila hujan. Kenderaan boleh hilang kawalan sekiranya anda menekan pedal brek dengan cepat atau secara mendadak. Pastikan anda memandu dengan cermat ketika hujan lebat dan menekan brek secara perlahan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

  1. Gunakan Penyaman Udara

Cermin hadapan berkabus ketika hujan adalah satu keadaan yang tidak diingini oleh para pemandu kerana ia boleh menjejaskan penglihatan mereka. Hal ini berlaku kerana suhu di luar tidak sama dengan suhu dalaman kenderaan.

Bagi memastikan cermin hadapan kereta tidak berkabus ketika memandu dalam hujan, anda harus menghidupkan penyaman udara dengan menetapkan suhu ke titik yang sesuai dengan bahagian luar kenderaan. Dengan ini, kabus pada cermin hadapan dapat dikurangkan dan memberi anda penglihatan yang lebih jelas.

  1. Tayar Yang Sesuai

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memeriksa keadaan tayar terutamanya ketika musim hujan. Pastikan tekanan angin tayar mengikut spesifikasi
yang betul dan tayar berada dalam keadaan yang baik iaitu melebihi had kehausan
1.6 milimeter bagi memastikan ia boleh mencengkam permukaan jalan raya yang licin. Tukar tayar kenderaan sekiranya telah haus kerana ia boleh menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang.

  1. Kekalkan Jarak Selamat

Mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan lain adalah penting kerana jalan raya akan menjadi semakin licin ketika hujan. Oleh itu, patuhi peraturan jarak 5 saat antara kenderaan anda dengan kenderaan lain di hadapan untuk mengurangkan risiko kemalangan.

  1. Peka Dengan Info Trafik

Cuaca yang tidak menentu menyukarkan anda meramalkan waktu hujan di sesuatu tempat. Bagi mendapatkan informasi yang tepat dari semasa ke semasa, pastikan anda peka dengan info trafik yang disampaikan menerusi saluran radio dalam kenderaan anda.

Sentiasa berwaspada dengan ramalan cuaca agar dapat merancang perjalanan anda dengan lebih baik.

Berita berkaitan
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023· Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat, orang ramai dinasihat berhati-hati risiko banjir
March 3, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan diramal di Johor dan negeri pantai timur
January 19, 2023· Isu semasa
Kelantan, Terengganu diramal berdepan hujan sangat lebat
December 18, 2022· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
11 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok