Operasi Kasino: PAS dan UMNO Pahang ‘bisu’, hilang rasa sensitif terhadap Islam

May 24, 2021 · Isu semasa

PAS dan UMNO Pahang dibidas berhubung sikap berdiam diri mereka selain dilihat sangat lemah, daif dan tidak langsung peduli kepada sensitiviti umat Islam dan rakyat negeri itu, susulan pengoperasian pusat kasino Genting Highlands ketika kes Covid-19 masih tinggi.

Pengerusi AMANAH Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, beliau juga hairan bagaimana kononnya kerajaan Barisan Nasional Pahang yang disokong PAS ini atas nama Muafakat Nasional (MN) seolah-olah tunduk kepada pengusaha judi sehingga sanggup memperjudikan masa depan dan nyawa rakyat.

“Keadaan pusat kasino yang beroperasi, apatah lagi di musim rakyat terpaksa mengikat perut ini adalah satu penghinaan dan tindakan paling biadab terhadap umat Islam dan rakyat negara ini.

“Kepada rakyat dan seluruh umat Islam, AMANAH Pahang mengajak dan menyeru agar kita bersatu supaya memberikan tekanan agar pusat perjudian ini ditutup terus. Sesungguhnya PAS dan UMNO sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membela nasib agama dan negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung pendedahan beberapa pihak bahawa pusat Kasino Genting masih beroperasi pada musim pandemik ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau juga melahirkan rasa pelik terhadap PAS khususnya di Pahang yang umpama bisu terhadap pembukaan pusat kasino ini.

“Mana perginya taring PAS dan pimpinannya khusus Pesuruhjaya PAS pahang dan Ketua Dewan Ulamak yang dahulu begitu lantang menyerang institusi judi ini?

“Sudahlah PAS dan UMNO menggunakan sentimen agama kononnya mereka bersatu untuk menegakkan agama, tetapi dalam masa yang sama, membiarkan pusat perjudian seperti kasino Genting terus beroperasi. Hentikan segera pembohongan kepada rakyat khususnya di Pahang,” katanya.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat dan seluruh umat Islam, agar bersatu menolak ‘pembohongan’ kedua-dua parti ini.

“Mereka hanya pandai bersuara bila menjadi pembangkang, tetapi seolah-olah ayam berak kapur bila berkuasa. Bak kata pepatah “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi!” katanya lagi.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Polis sahkan terima laporan cip kasino RM4.6 juta dicuri di Genting
November 4, 2023· Isu semasa
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023· Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok