Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman

October 2, 2023 · Politik

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan mengeluarkan kenyataan berniat dan motif jahat, tipu daya serta kebencian terhadap Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad.

Dalam kertas pembelaan difailkan Menteri Besar Kedah itu, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tiada langsung rujukan dibuat terhadap Berjaya Land secara langsung atau secara sindiran dan beliau tidak pernah membuat tuduhan bahawa Tan seorang ahli perniagaan yang korup.

Ujarnya lagi, sebagai ahli politik dan pemimpin masyarakat, beliau menggunakan kebebasan bersuara untuk menimbulkan isu tatakelola dan ketirisan bersandarkan kepada fakta yang secara substantifnya adalah benar.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 29 September lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menafikan ucapannya pada program terbabit memfitnah Tan dan Berjaya yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua.

Sanusi berkata, selaku ahli politik pembangkang, beliau mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan isu tatakelola dan ketirisan dalam pentadbiran ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak pernah menyatakan plaintif pertama dan kedua melakukan aktiviti haram atau menyalahi undang-undang, menipu rakyat Selangor dan mempunyai kecenderungan untuk melakukan amalan tidak jujur dan mempunyai reputasi yang buruk.

“Plaintif juga tidak mengalami sebarang kerugian kerana Projek SMG masih lagi diteruskan,” katanya.

Saman berkenaan difailkan Vincent Tan dan Berjaya pada 8 Ogos lalu, berhubung kenyataan Sanusi mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dalam ucapannya pada ceramah sempena kempen pilihan raya ‘Jelajah Mega PN Best’ atau ‘PN Best Sayangi Kedah Sejahtera mega tour’ di Dataran Darulaman, Jitra, Kedah pada 2 Ogos lalu.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, Tan mendakwa ucapan Sanusi yang disiarkan secara langsung dan diterbitkan semula, membuat rujukan yang spesifik dan langsung kepadanya dengan menyebut namanya sepanjang ucapan di ceramah itu.

Berjaya Land pula berkata, walaupun tiada rujukan spesifik dibuat terhadap syarikat itu, kenyataan berkenaan boleh difahami sebagai merujuk kepada syarikat berkenaan.

Menurut Vincent Tan, kenyataan berbaur fitnah itu antara lain membawa maksud beliau dan syarikat terbabit adalah korup dan kroni Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma.

Plaintif berkata, ia juga bermaksud mereka memberikan manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri sebagai balasan kepada tanah percuma itu.

Selain itu, kata plaintif ia juga bermaksud mereka menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM180 juta susulan tanah yang didakwa diberikan secara percuma.

Plaintif mendakwa, ia juga bermaksud mereka dengan syarikat berkaitan mempunyai jumlah hasil pendapatan gabungan sebanyak RM33.3 bilion.

Tan dan Berjaya Land berkata, kenyataan fitnah itu akan merosakkan dan menyebabkan kerugian kewangan terhadap 67,367 pemegang saham dalam BCorp dan 7,053 pemegang saham dalam Berjaya Land.

Kata plaintif, ia juga mampu merosakkan reputasi mereka dalam dunia perniagaan sama ada di dalam atau luar negara serta berpotensi menyebabkan kehilangan keuntungan jutaan ringgit.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Macam mana ‘banduan’ boleh ada akses Facebook, di penjara atau hospital? soal Rafizi
September 20, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
15 minit lalu · Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
3 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
7 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok