Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman

March 5, 2022 · Politik

Parti Warisan (Warisan) bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memberikan pilihan kepada rakyat berikutan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka dan Sarawak tahun lepas.

Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman berkata keputusan pilihan raya di kedua-dua negeri adalah petunjuk jelas bahawa pengundi tidak lagi menyokong PH, lapor Bernama.

“Justeru, penglibatan Warisan dalam PRN Johor adalah bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

“Tuduhan DAP Socialist Youth (DAPSY) Sabah yang mendakwa Warisan bersekongkol dengan UMNO menunjukkan parti itu terdesak akibat kemerosotan sokongan kepada DAP,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jika DAP sememangnya tidak pernah menolak mana-mana parti pembangkang untuk bertanding di Semenanjung kerana ia adalah hak demokrasi setiap parti maka ia tidak sepatutnya mempersoal langkah Warisan bertanding di Johor.

“Kami sudah bosan dengan lakonan PH di Parlimen. Mereka mengeluarkan kata-kata marah dan mengibas tangan mereka di hadapan televisyen namun di sebalik tabir, mereka telah membuat perjanjian untuk berkecuali. Jika UMNO lahir di Istana Johor, mungkin Johor juga merupakan negeri kelahiran Warisan di bumi Semenanjung.

“Jika sejarah telah membuktikan bahawa rakyat Sabah boleh menerima parti-parti yang lahir di bumi Semenanjung, dalam kemelut politik yang melanda negara hari ini selain rakyat hilang kepercayaan terhadap ahli politik, Warisan merupakan parti yang boleh menjadi pilihan untuk rakyat Johor atas rekod prestasi Warisan yang terbukti mempunyai prinsip dan mengutamakan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum yang lepas daripada kepentingan peribadi,” katanya.

Azis juga berkata Warisan serius dan ikhlas untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih progresif dan bersatu.

Beliau berkata Warisan selama ini konsisten dan enggan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan yang akan menjadikan pembangkang tidak berkesan dan tanpa tujuan lagi.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Warisan tidak tanding dalam PRN enam negeri: Shafie
May 11, 2023· Politik
Warisan harap dapat kerjasama dengan UMNO-BN dalam PRN Sabah
May 5, 2023· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Isu sokong Anwar tak dijawab, Najib bidas pula pemimpin UMNO obses PRU
May 10, 2021
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Armada Bersatu lapor polis maklumat siasatan bocor melibatkan Menteri UMNO
April 12, 2023
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok