Warisan tidak tanding dalam PRN enam negeri: Shafie

May 11, 2023 · Politik

Tiada calon akan diletak Parti Warisan dalam pertandingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Keputusan untuk tidak meletak calon pada PRN nanti diumumkan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mereka hanya akan membantu calon parti kerajaan campuran berkempen sahaja nanti.

“Saya sudah nasihatkan untuk mereka jangan bertanding dan saya telah maklumkan dalam mesyuarat induk Perpaduan baru-baru ini bahawa kita tidak akan minta kerusi walaupun pada peringkat awal ada usaha nak bagi Warisan di Kedah.

“Saya beritahu kita menyokong, bagi memastikan bahawa tidak perlu kita bertanding walaupun kita ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), walaupun kita ada kekuatan semasa pilihan raya peringkat Parlimen ada 4,000 undi, bukan tidak boleh bertanding tetapi kita mahu sebab itu keikhlasan kita,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Shafie terdahulu menghadiri Majlis Rumah Terbuka ADUN Tanjung Aru Anjuran Bersama Bahagian Putatan di Tanjung Aru malam tadi.

Mohd Shafie berkata, keputusan itu termasuk tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang disandang Bryan Lai Wai Chong di Selangor.

“Bila saya bincang dengan dia (Bryan Lai), selepas itu saya bincang dengan Menteri Besar dan saya ada cadangan dan itu terserah dengan Menteri Besar bagaimana untuk membantu,” katanya.

Tambah beliau lagi, PRN itu berlangsung di enam negeri di mana Warisan tiada jenteranya sendiri namun mempunyai penyokong yang boleh membantu calon yang akan bertanding nanti.

Untuk rekod, Warisan tewas dan hilang deposit di semua kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu· Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
23 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
7 jam lalu · Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok