Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi

September 27, 2023 · Politik

PAS dijangka mengekalkan status quo bagi dua jawatan tertinggi parti itu menjelang Muktamar Tahunan Pas yang akan diadakan bulan depan, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu menjangkakan kedudukan Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak akan dicabar kerana dilihat masih penting dan relevan untuk terus memimpin PAS susulan kejayaan dalam dua pilihan raya besar sebelum ini.

Menurut beliau, PAS tidak pernah mengenakan sekatan untuk sesiapa bertanding dua jawatan tertinggi parti itu, namun difahamkan sehingga kini tiada calon tampil merebut jawatan tersebut.

“Dalam PAS, bebas bertanding, tak pernah ada halangan atau larangan. Siapa nak bertanding boleh tetapi tak ada orang tampil bertanding (jawatan Presiden dan Timbalan).

“Kalau tak ada yang nak bertanding, tak bolehlah paksa orang suruh bertanding. Orang tak mahu sudahlah. Sebab itu, saya yakin tiada pertandingan buat dua jawatan tersebut,” katanya.

Sanusi terdahulu mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Sanusi tegaskan, tiada apa-apa isu membabitkan dua tokoh utama PAS berkenaan dan mendapat sokongan penuh akar umbi.

“Saya tak dengar apa-apa isu, dalam PAS pun tak ada isu. Dalam parti lain ada yang dilarang bertanding sebab mereka yang buat ketetapan bahawa Presiden dan Timbalan tidak dibenar ada pertandingan.

“Dalam PAS tak ada seperti itu, terpulanglah (PAS) bersikap terbuka. Siapa rasa layak, sila tawarkan diri,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, kali terakhir berlaku pertandingan pada 2015, yang menyaksikan Ahmad Awang mencabar Hadi, manakala Datuk Seri Mohamad Sabu mencabar Tuan Ibrahim, namun tewas.

“Ramai lagi yang kalah bagi jawatan lain waktu itu, sehingga menyebabkan wujudnya Parti Amanah Negara (Amanah),” jelasnya.

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok