
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.
Program NGO yang bernaung dibawah agensi pembangunan di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjemput belia khususnya bukan Kristian untuk terlibat bersama dengan matlamat untuk memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.
“Perlukan belia bukan Kristian!
“Program kali ini akan memberi pendedahan, terutama buat belia untuk mengetahui lebih tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawanan.
“Berminat? Klik link di bio untuk daftar,” menurut poster yang dikongsikan dalam akaun Instagram, Impact Malaysia.
Program itu dijadualkan berlangsung pada 18 Mac, Sabtu ini di Church Of Our Lady Of Louders, Klang.