Nenek antara 17 ditahan berpesta liar, polis rampas pil ekstasi

September 4, 2021 · Isu semasa

Seorang nenek kepada dua orang cucu berusia 54 tahun dan remaja lelaki berumur 13 tahun antara 17 individu ditahan ketika disyaki sedang leka berpesta liar, termasuk menghisap dadah di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata semua individu yang ditahan terdiri daripada sembilan wanita dan lapan lelaki tempatan berumur lingkungan 13 hingga 54 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas pil ekstasi dan ketamin seberat 13.61 gram bernilai RM864 serta satu set kunci, kad akses premis dan sebuah pembesar suara.

“Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati seramai empat lelaki dan empat wanita disahkan positif syabu dan ketamin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sahar berkata hasil siasatan awal mendapati bahawa penganjur parti liar adalah seorang wanita tempatan berumur 23 tahun bertujuan menyambut hari lahir.

Beliau berkata kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk direman selama empat hari hingga Isnin depan.

Mereka turut dikompaun RM2,000 setiap seorang di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (2) 2021.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok