Najib tak buat apa-apa berhubung pemindahan AS$700 juta 1MDB: Husni

June 22, 2022 · Isu semasa

Walaupun sudah membangkitkan berhubung pemindahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$700 juta tetapi Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil sebarang tindakan, kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Bekas Menteri Kewangan II itu semasa disoal peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bekas Perdana Menteri tidak pernah bimbang berhubung pemindahan dana tersebut walhal boleh bertindak dan memastikan mereka yang terlibat dalam penyelewengan itu dipecat.

“Dia (Najib) hanya berkata, bahawa Good Star akan membuat pembayaran kepada PetroSaudi.

“Dia sepatutnya bertindak secepat mungkin, tetapi tidak berbuat apa-apa. Jika saya seorang Perdana Menteri, sudah tentu saya akan bertindak kerana ia akan menjejaskan kewangan negara,” kata Husni yang merupakan saksi ke-20 semasa perbicaraan rasuah membabitkan RM2.28 bilion milik 1MDB petang ini.

Terdahulu, pihak pendakwaan berhujah AS$700 juta telah dipindahkan kepada Good Star Limited, sebuah entiti yang didakwa ditubuhkan oleh ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low).

Semasa pemeriksaan balas itu, Shafeen membantah Perdana Menteri pun tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan tanpa melalui lembaga pengarah 1MDB.

Bagaimanapun, peguamnya membantah dengan mendakwa bahawa perdana menteri pun tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan tanpa melalui lembaga pengarah 1MDB.

Dalam suara yang tinggi, Shafee mendakwa lembaga penasihat 1MDB yang dipengerusikan Najib tidak boleh bertindak melainkan lembaga itu secara khusus meminta nasihatnya.

Shafee juga berkata Husni menghina Najib tetapi kemudiaan dinafikannya selepas disoal berhubung isu 1MDB.

“Saya bukan menghina Perdana Menteri. Saya bercakap melalui perspektif saya, ini mengenai mereka (1MDB) pinjam duit yang dijamin oleh kerajaan,” katanya.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah berlaku antara Shafee dengan Husni pagi ini sehingga memaksa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan kes selama 10 minit.

Ia berlaku sejurus perbicaraan bermula apabila peguam itu mula memeriksa balas Husni, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-20 dalam perbicaraan di mana Najib dituduh menyalahgunakan lebih RM2 bilion dana 1MDB.

Shafee telah memulakan pagi dengan membangkitkan kelayakan dan pengalaman Husni sebagai pegawai bank sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri dan seterusnya ke jawatan Menteri Kewangan II oleh Najib.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Dia turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.

Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok