[KEMAS KINI] Najib arah Perbendaharaan percepat proses pinjaman RM2b SRC

August 18, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta seorang pegawai kanan Perbendaharaan ‘mempercepatkan’ proses permohonan SRC International Sdn Bhd meminjam RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2011, kata pendakwaan.

Ketua pasukan pendakwaan dalam rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan hari ini (18 Ogos 2022) Datuk V Sithambaram berkata bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, sendiri mendedahkan perkara itu, dalam keterangannya mengenai satu pertemuan dengan Najib.

Wan Aziz juga adalah bekas Pengerusi KWAP.

“Perayu (Najib) sendiri memberitahu Wan Aziz supaya mempercepatkan proses permohonan pinjaman itu dan berkata pinjaman sebanyak RM2 bilion adalah cukup,” katanya.

Sithambaran berkata permintaan itu telah mengatasi penyediaan pinjaman sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan panel pelaburan KWAP.

Katanya, panel KWAP meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International, mengikut permintaan Najib.

Beliau berkata pada mulanya, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri mencadangkan pembiayaan SRC diperoleh daripada bank perdagangan dan pasaran kewangan, yang turut diterima Najib dan kemudian menteri yang bertanggungjawab ke atas EPU , Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bagaimanapun, Najib kemudiannya dalam kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, meminta kelulusan dana RM3.95 bilion daripada KWAP ― bukannya mendapatkan wang daripada bank perdagangan dan pasaran kewangan ― untuk SRC mencapai objektifnya dalam sumber tenaga boleh diperbaharui, jelas Sithambaram.

Beliau berkata Najib telah, pada 5 Jun 2011, menulis minit pada surat SRC yang ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif KWAP ketika itu Datuk Azian Mohd Noh, berbunyi: “YBhg Datuk Azian, bersetuju dengan cadangan ini” (“Datuk Azian, bersetuju dengan cadangan ini” ).

“Ketua Pegawai Eksekutif KWAP kemudiannya meminta jabatan pendapatan tetap KWAP memproses permohonan pinjaman SRC ini.

“Akhirnya, Panel Pelaburan KWAP meluluskan pembiayaan sebanyak RM2 bilion pada 2011, dan tambahan RM2 bilion pada 2012, akibat campur tangan perayu,” kata Sithambaram, memetik laporan media tempatan.

Menurutnya meluluskan pinjaman sebanyak RM4 bilion dengan bergantung kepada hanya satu surat adalah tidak masuk akal,.

Ketika Sithambaram mengemukakan perkara ini, Najib kelihatan acuh tak acuh melihat telefon bimbitnya.

Daripada RM4 bilion yang diterima SRC daripada KWAP, RM42 juta masuk ke akaun Najib antara 2014 dan 2015.

Najib sedang merayu sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah terhadap tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

Pihak pendakwaan diminta memulakan hujahan lisan selepas peguam bela utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah beliau tidak dapat berbuat demikian bagi pihak perayu.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Hisyam untuk menarik diri daripada mewakili Najib dalam perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu.

“Kami berpendapat peguam itu tidak menunjukkan sebab untuk melepaskan diri… kami menolak permintaannya untuk melepaskan diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Hisyam kemudian berkata, pihak pembelaan akan bergantung kepada hujahan bertulis yang disediakan untuk digunakan di Mahkamah Rayuan oleh peguam Najib sebelum ini.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok