Nahas maut: Hukuman penjara model pandu lawan arus kekal

October 29, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Butterworth hari ini menolak rayuan seorang model wanita sambilan berhubung hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 terhadapnya kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang juruteknik dalam kemalangan empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Amirudin Abd Rahman mengekalkan hukuman Mahkamah Majistret Bukit Mertajam terhadap Ng Pei Ven, 23, berikutan pihak pendakwaan dapat membuktikan setiap inti pati pertuduhan bahawa tertuduh yang memandu kereta Proton Gen2 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli.

Memetik laporan BH, rayuan itu turut ditolak selepas pihak pendakwaan juga mengesahkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam terhadap perayu sebelum ini adalah mengikut undang-undang dan tidak melampau.

Ia berikutan, kesalahan yang dilakukan perayu sangat serius kerana memandu secara melawan arus yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Dalam pada itu, mahkamah juga memikirkan kepentingan awam dan hukuman yang dikenakan adalah berbentuk ‘literal’ iaitu dapat mencegah perayu dan orang awam lain, selain memberi pengajaran terhadap perayu.

Selain hukuman penjara dan denda dikekalkan, Ahmad Amirudin turut mengekalkan keputusan membatalkan lesen memandu percubaan perayu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Ainy Suhailah Yunus manakala tertuduh diwakili peguam, Cheah Eng Soon.

Pei Ven kemudian dihantar ke Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal bagi menjalani hukuman penjara bermula hari ini selepas bapanya selesai membuat bayaran denda.

Pada Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan kepada RM12,000 daripada RM7,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Terdahulu, pada 24 Mac 2017 wanita itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, terhadap tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara kira-kira jam 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Dalam kejadian itu, mangsa maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu Pei Ven secara melawan arus di Kilometer 134, dekat Permatang Pauh.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Ini bukan keputusan yang mudah ditelan, kata Syed Saddiq
November 9, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok