Muhyiddin, Ismail Sabri ajak contohi sikap Rasulullah SAW

October 18, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia melakukan perbuahan dengan mencontohi dan mengamalkan akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW.

Dalam perutusan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1143H hari ini yang bertemakan ‘Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti’, bekas Perdana Menteri itu berkata antara sikap yang perlu dicontohi ialah berkata benar dan amanah.

“Marilah kita membulat tekad untuk berubah ke arah kebaikan dengan mencontohi dan mengamalkan akhlak terpuji baginda seperti berkata benar (Siddiq), amanah, sentiasa menyampaikan perintah dan larangan Allah (Tabligh) dan sentiasa cerdas (Fatonah) dalam berdakwah.

“Sifat-sifat terpuji ini menjadi kunci kepada kejayaan baginda dalam menyebar dan mengembang Islam sehingga menjadi agama yang agung dan dihormati,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, umat Islam juga perlu menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakan selawat kepada baginda.

Muhyiddin turut memanjatkan doa semoga pandemik Covid-19 yang membelenggu bumi Malaysia dan juga dunia segera berakhir.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengajak rakyat Malaysia menyuburkan penyatuan sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah.

“Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi.

“Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman.

“Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok