Muhyiddin gesa PMX jelaskan perjanjian dengan Indonesia, bimbang kedaulatan negara

June 11, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran diminta memberi penjelasan berhubung isu dalam perjanjian sempadan laut dengan Indonesia baru-baru ini, gesa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendesak Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi penjelasan berhubung melibatkan perjanjian ditandatangani dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) terutamanya melibatkan perairan negara kerana ia berkait rapat dengan isu kedaulatan negara.

“Saya nak sebut juga di sini pasal rasa tak sedap waktu Presiden Indonesia datang sini Jokowi bertemu dengan Datuk Seri Anwar antara keputusan dan yang telah pun dimeterai ialah soal sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia.

“….Saya tak menuduh Perdana Menteri, saya nak minta dia beri penjelasan ataupun beri kenyataan dan keterangan pada rakyat secara terbuka dan tak payah diselindungkan… Apa yang dia telah merterai dalam perjanjian itu kerana ada laporan yang beritahu pakar-pakar maritim nasihat jangan tandatangan,” katanya semasa ceramah PN di Senawang, Negeri Sembilan malam tadi.

Menurut laporan media, Anwar dan Jokowi baru-baru ini menyaksikan pertukaran enam instrumen dua hala yang ditandatangani kedua-dua negara antaranya, Perjanjian Lintas Sempadan, keselamatan perairan iaitu Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka dan Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi.

Terdahulu, sebuah portal, MalaysiaNow melaporkan pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia memberi amaran kepada kerajaan diketuai Anwar supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baru untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan negara jiran Indonesia.

Mereka berkata Malaysia tidak boleh berkompromi dalam tuntutannya membabitkan kawasan yang menjadi pertikaian dengan Jakarta berhubung Laut Sulawesi dan di bahagian paling selatan di Selat Melaka.

Mereka juga memberi amaran kepada Putrajaya sebarang perubahan daripada dasar kerajaan terdahulu berhubung kedua-dua kawasan itu mesti melibatkan penyertaan kerajaan Johor dan Sabah.

Ini kerana kepentingan maritim kedua-dua negeri itu akan terjejas teruk jika penyelesaian yang tidak menguntungkan negara diterima kerajaan.

Muhyiddin berkata sebagai sebuah kerajaan dan walaupun Indonesia dianggap sebagai negara jiran, namun dalam isu melibatkan kedaulatan negara ia tidak boleh berkompromi hanya kerana kelak memberi kesan buruk kepada negara.

“Tapi dalam perkara-perkara yang menyebut soal dengan isu yang berkaitan dengan kedaulatan, sempadan antarabangsa dengan negara-negara lain tak boleh buat keputusan dengan mudah, berkompromi sehingga kita menyebabkan kawasan-kawasan kita dah diambil alih oleh orang lain,” ujarnya lagi.

Dalam ucapannya lagi, Muhyiddin juga berkata Ahli-ahli Parlimen PN akan membangkitkan berhubung isu perjanjian yang dimerterai oleh Anwar dengan Jokowi baru-baru ini.

“Ahli Parlimen PN akan meminta penjelasan daripada PMX berhubung isu perjanjian sempadan ini,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok