Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah

April 9, 2022 · Isu semasa

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan satu wacana ilmiah diadakan berkaitan Tarekat Naqsyabandiyah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani supaya lebih difahami umat Islam di negara ini.

Mengulas isu membenarkan tarekat ini diamalkan di negara ini seperti diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-117 pada tahun 2020, beliau berkata banyak video berkaitan Syeikh Nazim itu boleh disaksikan di internet serta dinilai.

“Untuk menghilangkan kekeliruan, saya mencadangkan satu wacana ilmiah terbuka dibuat tentang tarekat ini agar dapat disaksikan oleh rakyat.

“Jika mereka benar, pasti pengerusi muzakarah sekarang pun boleh mewakili mereka. Ramai yang bersedia untuk berdialog tentang tarekat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa MKI Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata tarekat itu dibenar diamalkan oleh pengikutnya selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat selepas kajian semula dibuat.

Oleh itu, keputusan terdahulu pada tahun 2000 berkaitan Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah ini tidak lagi terpakai. Bagaimanapun, dalam melaksanakan keputusan ini, ia tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri,” katanya.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-48 pada 3 April 2000 memutuskan tarekat itu bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata telah banyak kali cubaan untuk menghalalkan tarekat berkenaan gagal sehinggalah akhirnya hanya kerana satu kertas yang kabur kononnya menurut satu titah, maka ia diisytiharkan ‘halal’.

“Padahal perbincangan itu menyebut ‘hanya boleh diamalkan oleh pengikutnya dengan syarat jika tidak bercanggah…’. Hujahan panel JAKIM terdahulu yang begitu banyak tentang kesesatan tarekat ini masih belum dijawab.

“Sepatutnya, kenyataan “hanya boleh diamalkan jika tidak bercanggah…” yang dipersetujui bersama bukan lesen menghalalkan tarekat tersebut. Ini kerana kenyataan itu juga menyebut “mana-mana tarekat boleh diamalkan dengan syarat jika tidak bertentangan…”.

“Apakah ini bererti semua tarekat telah JAKIM halalkan? Pasti bukan itu maksudnya sepatutnya,” kata beliau lagi.

Dr Mohd Asri berkata kajian demi kajian panel JAKIM masa itu tetap membuktikan ia adalah tarekat yang menyeleweng.

“Tiba-tiba keputusan ketegasan JAKIM sebelum ini bagaikan sia-sia. Keputusan yang dahulu dibawa ke Majlis Raja-Raja. Apakah itu telah dimansukan?

“Kertas menghalalkan itu dibentangkan mutakhir ini kononnya atas titah satu negeri lalu terus dikatakan halal. Saya tidak pasti sejauh mana benar dakwaan itu. Saya bimbang, salahguna nama. Sebab peliknya, Jabatan Mufti negeri berkenaan sendiri tidak membenarkan tarekat tersebut.

“Satu lagi, jika tarekat ini tidak sesat, maka Jamaah al-Arqam yang kerajaan tangkap dan hapuskan dahulu juga hendaklah diisytiharkan tidak sesat. Dakwaan keduanya hampir sama.

“Akhirnya kita lihat, keputusan-keputusan sebegini ini lebih bersifat kehendak kumpulan bukan fakta,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Jika tidak cukup, harus bagi kerajaan kutip cukai :Mufti P.Pinang
May 15, 2023· Isu semasa
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023· Isu semasa
Petik lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ ciptaan PH, seorang penceramah kini disiasat Jakim
January 6, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok