MPN bukan bagi cadangan bodoh, semua libatkan pakar: Muhyiddin

October 13, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syor yang dibuat oleh majlis itu untuk dilaksanakan oleh kerajaan, bukan satu cadangan bodoh.

Sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri itu, cadangan berkenaan dibuat oleh pakar-pakar yang menganggotai MPN yang bermesyuarat dan membincangkan masalah dihadapi rakyat, terutama untuk menangani pandemik Covid-19 dan isu ekonomi.

Muhyiddin turut mengimbas ketika menjadi Perdana Menteri dahulu apabila beliau sendiri mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang setiap minggu mengadakan mesyuarat serta mengambil tindakan dengan pantas.

“Ketika itu adalah masa baharu nak menghadapi pandemik. Saya mempengerusikan (mesyuarat MTEN), dan saya tubuhkan majlis ini (MPN) ketika menjadi Perdana Menteri… saya serius melakukan demi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya, hari ini (13 Oktober 2022).

“Saya dituduh mengkritik Perdana Menteri dan kerajaan… saya tak peduli… saya lebih peduli nasib rakyat… sebab itu bila saya (MPN) dah buat cadangan… cadangan bukan cadangan bodoh… pakar-pakar yang datang (buat cadangan).”

Muhyiddin juga berkata kerajaan sepatutnya menyediakan laluan hijau bagi memudahkan pelaksanaan segala cadangan yang telah dibuat oleh MPN supaya bantuan kepada pihak yang memerlukan dapat dibercepatkan.

“Jadi kalau dah ada cadangan banyak, yang saya dah ulas hari itu, 20 peratus kalau ambil kira pun sebahagian besarnya di sektor kesihatan…dan 20 peratus itu bermula waktu saya juga.

“Macam mana kita nak menangani pandemik Covid, macam mana nak buat suntikan vaksin, dapat bekalan fasa satu, dua, tiga. empat… dan disebabkan sistem dah tersusun rapi, maka Kementerian Kesihatan (KKM) dapat meneruskan… tidak ada masalah.

“Jadi dia punya itu cukup efisien… pujian untuk KKM. Tapi itu satu sektor sahaja. Sekarang ni kita dah okey lebih sikit. Itu dari segi kesihatan. Tapi sektor lain… kehidupan rakyat, bahagian yang belum cukup efisyen,” katanya.

Menurutnya mungkin sesetengah cadangan itu melibatkan dasar atau peruntukan tambahan yang perlu dibincangkan dengan segera.

“Kalau duduk atas meja, KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) ke siapa ke tunggu berbulan-bulan untuk sampai balik pada Kabiet nak minta peruntukan… saya tahu saya mobilize satu-satu sebelum saya memperoleh keputusan.

“Tapi prosesnya mengambil masa. Dia tak boleh cakap hari ni dapat besok dibuat… tak boleh kena baik mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Itu saya faham.

“Tapi kalau ini patutnya apa isu yang dibawa oleh MPN dia bagi green lane… macam dilakukan Imigresen. Kalau green lane itu cepat lalu saja… kalau tidak nanti dia pergi check satu-satu buka tengok gini gini gini lambatlah,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok