MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA

July 25, 2023 · Isu semasa

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat bagi membincangkan kekecohan membabitkan seorang warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jun lalu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (PSSC) ke-15 itu dijadualkan semalam.

Menurut Bernama, PSSC telah memanggil wakil daripada kementerian dan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk memberikan maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing dikatakan mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan selain telah dinasihati oleh peguam sebarang kenyataan tidak sesuai dikeluarkan kerana insiden itu masih dalam siasatan polis.

Bagaimanapun, menurut PSSC, prosiding itu tidak akan menyentuh mana-mana siasatan jenayah yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis justeru tidak wujud pertindihan siasatan antara jawatankuasa tersebut dengan SPRM atau polis.

“Adalah menjadi keperluan MOTAC hadir untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa ini mengenai isu-isu berkaitan pengendalian proses Notis Penolakan Masuk (NTL) serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL pada mesyuarat yang akan ditetapkan kelak,” kata jawatankuasa itu.

PSSC memaklumkan prosiding semalam menyentuh isu kekangan pengendalian proses NTL serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL, aduan orang awam mengenai proses NTL dan cadangan penambahbaikan undang-undang selain sistem sedia ada.

Menurut jawatankuasa itu, wakil Matta yang hadir memberi penerangan ialah Presidennya, Nigel Wong; bekas Presiden, Datuk Tan Kok Liang; Pengurus Besar, Maziah Mihat; Exco Kerja Khas, Datuk Hamzah Rahmat serta Naib Presiden Penyelidikan dan Teknologi, Mohd Hizzat Mohd Shah.

Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi iaitu penerangan daripada Kementerian Pengangkutan serta Malaysia Airports Holding yang disusuli oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

Mengikut terma rujukan PSSC, jawatankuasa itu mengadakan prosiding untuk menyiasat isu berkaitan undang-undang sekatan migran seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen (1959/1963) dan proses NTL.

Prosiding itu ditubuhkan untuk menyiasat dan memahami sebarang isu berkaitan perundangan sedia ada dan memberi maklum balas kepada kerajaan tentang cara menambah baik undang-undang atau mencadangkan pindaan kepada Akta Imigresen dan bagaimana NTL diuruskan.

Pada 29 Jun lepas, kekecohan berlaku di KLIA membabitkan Tiong yang dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di KLIA namun warga China itu akhirnya dibenarkan masuk susulan campur tangannya.

Berita berkaitan
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Video tular mabuk, Menteri Pelancong kata apa salahnya?
October 31, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok