Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful

November 1, 2023 · Politik

Seseorang bertaraf menteri yang dilihat sebagai pemimpin tidak wajar bertingkah laku mabuk di depan orang awam walaupun tidak haram mengikut sisi agama berlainan, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata tindakan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya yang mabuk dalam satu video tular sebelum ini sebagai akhlak buruk dan tidak mencerminkan seseorang berstatus anggota Kabinet kerajaan campuran.

“Menteri atheis sekalipun, jika mabuk di khalayak ramai, ia tetap perkara buruk dan tidak sesuai dengan amanah sebagai menteri,” katanya dipetik dalam akaun Facebooknya.

Jelasnya lagi, mabuk di khalayak ramai adalah akhlak buruk sebagai pemimpin tanpa mengira agama atau bangsa.

Semalam, King Sing mempertahankan dirinya daripada kritikan sama di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pernah mempersoal sama ada King Sing mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelancong ke negara ini selain mabuk dan menari di tempat umum.

Teguran Mas Ermieyati itu selepas beliau menyifatkan perlakuan King Sing itu sebagai tidak sesuai bagi menjalankan tugas sebagai menteri.

Terdapat video yang tular sebelum ini memaparkan Ahli Parlimen Bintulu itu sedang menari dengan orang ramai dalam keadaan mabuk.

Dalam kenyataan di media sosial, Wan Saiful berkata, isu itu berkaitan etika dan menteri sebagai ketua kepada penjawat awam di sesebuah kementerian.

“Jika ada penjawat awam atau KSU (ketua setiausaha) bukan Islam mabuk di khalayak ramai selepas ini, adakah ini boleh diterima?” soalnya.

Sementara itu, King Sing pula terus mempertahankan dirinya dengan mengingatkan tentang kepelbagaian agama, bangsa dan budaya di malaysia.

“Saya faham sekiranya saya seorang penganut agama Islam, maka saya harus mengikut ajaran serta panduan agama Islam.

“Namun, saya bukan seorang penganut Islam, saya rasa perlakuan saya tidak patut dikritik.

“Saya boleh minum, menari serta perkara-perkara yang telah dibenarkan bawah undang-undang tetapi saya tidak boleh berkahwin seramai empat orang isteri.

“Orang lain mungkin diharamkan minuman alkohol, tetapi mereka boleh berkahwin lebih daripada seorang,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok