Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis

October 1, 2023 · Isu semasa

Polis merampas minuman keras seludup tidak bercukai bernilai RM1.5 juta dan menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam dua serbuan di Jalan Sungai Besi, Cheras di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam serbuan pertama, sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih telah menahan seorang wanita Vietnam berumur 44 tahun di sebuah premis yang terletak di Jalan Sungai Besi, lapor Bernama.

“Dalam serbuan pada 2 petang itu, polis telah merampas 108 kotak arak dan 116 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM230,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Susulan soal siasat terhadap suspek pertama itu, Zam Halim berkata polis telah membuat satu lagi serbuan di sebuah lagi premis di Jalan Sungai Besi dan menahan dua lelaki berumur 29 dan 31 tahun, masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warga asing pada 3.30 petang hari yang sama.

“Polis merampas sembilan kotak arak jenis Corona Extra dan 1,818 karton arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta, selain sebuah lori Mitsubishi Fuso.

“Reman terhadap suspek warga tempatan telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 3 Okt manakala reman terhadap bukan warganegara telah dibenarkan selama 14 hari sehingga 13 Okt,” katanya.

Sementara itu, Zam Halim berkata kertas siasatan membabitkan lima anggota polis yang disyaki terlibat melarikan orang awam dari sebuah kedai makan di Desa Petaling, Selasa lepas, akan dirujuk ke Bukit Aman terlebih dahulu.

Beliau berkata ini kerana ia membabitkan pegawai kanan dan anggota polis selain terdapat beberapa lagi individu perlu dirakam keterangan mereka untuk melengkapkan siasatan itu.

“Polis juga memerlukan sedikit masa untuk menyemak semula ketelusan laporan yang dibuat oleh mangsa sama ada ia benar berlaku atau sebaliknya,” katanya.

Jumaat lepas, media melaporkan lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan orang awam dari sebuah kedai makan dan mangsa mendakwa dirinya dilarikan sekumpulan lelaki sebelum dipukul di suatu lokasi di Kuala Lumpur.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
47 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok