Menteri Undang-Undang sekolahkan Hamid tak faham Perlembagaan

May 2, 2021 · Isu semasa

Sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan menteri yang bertanggungjawab terhadap polis mesti mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sehubungan itu, beliau menegur ketua-ketua perkhidmatan awam supaya berhati-hati bercakap mengenai undang-undang serta tidak membuat tafsiran mengikut emosi.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mencadangkan supaya SPP tidak lagi dipengerusikan menteri, sebaliknya individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim patut dilantik ke jawatan itu.

“Saya hendak memaklumkan bahawa sebagai menteri yang jaga perkhidmatan awam, saya hendak nasihatkan penjawat awam, pegawai kerajaan terutama ketua perkhidmatan dalam kerajaan supaya lebih berhati-hati apabila bercakap mengenai perkara berkaitan undang-undang.

“Sebagai contoh, dalam Perlembagaan (Persekutuan) Perkara 140 jelas mengatakan bahawa untuk Polis Diraja Malaysia ada satu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Pasukan Polis. Ini adalah satu suruhanjaya yang akan mengendalikan urusan berkaitan kenaikan pangkat, tatatertib, perkara kebajikan dan sebagainya terhadap seluruh anggota polis berjumlah hampir 130,000,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Takiyuddin berkata dalam Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa SPP ini mesti dipengerusikan oleh menteri yang bertanggungjawab mengenai kepolisian dan dalam konteks ini ia adalah Menteri Dalam Negeri.

“Jadi, jangan pula ada mana-mana pihak yang mempersoalkan, ini adalah peruntukan Perlembagaan. Sekiranya ada apa-apa isu atau masalah dalam pentadbiran sesuatu jabatan, saya yakin pegawai kerajaan tidak boleh mendedahkan perkara ini di tempat yang tidak sepatutnya.

“Sebaiknya mereka boleh dedahkan dalam mesyuarat di peringkat kementerian, suruhanjaya. Adalah tidak wajar untuk seorang pegawai kerajaan kononnya mendedahkan perkara ini di media massa,” katanya.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata dari segi pentadbiran, perbuatan sedemikian boleh dipanggil tindakan yang membelakangkan atau mencela pihak kerajaan.

Berita berkaitan
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
PMX akan jawab kes rasuah anak murid dihentikan di Parlimen: Laporan
September 18, 2023· Politik
Tolak usul bahas kes Zahid satu keputusan luar tabii: Takiyuddin
September 12, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok