Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin

September 29, 2023 · Politik

Lima jawatan tertinggi PAS iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden telah menarik diri, lapor Bernama.

“Saya baharu menerima pengesahan seorang calon (naib presiden) menarik diri iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Jadi untuk jawatan naib presiden tiada apa-apa pertandingan.

“Ini bermakna barisan naib presiden sedia ada dikekalkan iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Jawatan Presiden PAS ketika ini dipegang oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata pemilihan tahun ini hanya melibatkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membabitkan 18 ahli jawatankuasa serta jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Muktamar Tahunan PAS ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Okt di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam manakala Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS akan diadakan lebih awal iaitu pada 18 hingga 19 Okt.

Selain itu, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat dan Sidang Assabiqun PAS Pusat akan diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Okt.

Mengulas mengenai pembatalan kemenangan wakil PAS di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, Takiyuddin berkata PAS akan meneliti Perakuan Hakim Pilihan Raya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami hendak tengok dahulu apakah alasan dan dapatan yang dibuat oleh Hakim Pilihan Raya untuk kes (pembatalan kemenangan) Kemaman ini,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Selasa membatalkan kemenangan wakil PAS Che Alias Hamid yang mewakili PN di Parlimen Kemaman pada PRU15 selepas mendapati bantuan i-Belia dan i-Siswa diberi kerajaan negeri kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Pada Jun lepas, kemenangan PN di Parlimen Kuala Terengganu turut dibatalkan atas alasan sama, namun PAS tidak merayu keputusan itu sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan PRN di enam negeri lain pada bulan lepas.

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
2 jam lalu· Rencana
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok