Menteri juga dilarang berkempen PRN atas acara rasmi kerajaan

October 26, 2021 · Isu semasa

Larangan semua bentuk majlis dan perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka juga terpakai terhadap semua Menteri Kabinet yang perlu mematuhi peraturan tersebut, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata Menteri tidak boleh mengadakan acara rasmi sebagai salah satu cara berkempen dalam PRN Melaka nanti, malah tidak boleh menggunakan alasan-alasan lain untuk memintas keputusan larangan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu.

“Sebenarnya kita tidak mengamalkan double standard. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkehendakan ‘vibrancy of democratic practice’, maknanya membenarkan keseluruhannya asalkan berpandu kepada apa yang diletakkan oleh pihak KKM dan MKN (Majlis Keselamatan Negara).

“Undang-undang itu kena juga dipatuhi. Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet akan datang, meminta supaya menteri-menteri jangan cari jalan untuk memintas SOP (prosedur operasi standard) dari SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), KKM and MKN,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang mempersoalkan larangan terbaharu yang diumumkan KKM itu atas alasan Melaka berada di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimanapun, Wan Junaidi menegaskan SPR mahu memelihara amalan demokrasi tetapi ia mesti diimbangi dengan keselamatan rakyat yang terlibat dalam pilihan raya, yang terletak di bawah bidang kuasa KKM dan MKN.

“Disebabkan itu, SPR bekerjasama dengan MKN dan KKM untuk mewujudkan satu set SOP yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan kita mengambil jalan tengah supaya demokrasi dapat dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan larangan semua bentuk majlis dan perhimpunan berkaitan PRN Melaka, termasuk pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa esok hingga 27 November depan.

Larangan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dibuat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes mendadak akibat PRN Melaka.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok