MB Kedah kini bergelar ‘Datuk Seri’

November 1, 2021 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kini bergelar ‘Datuk Seri’ selepas namanya tersenarai dalam 63 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-79.

Muhammad Sanusi dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK), yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK), yang membawa gelaran Datuk Seri adalah Pengarah Urusan Weststar Holdings, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, manakala Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK), yang membawa gelaran Datuk Wira dianugerahkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Abd Rahman dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad pula dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK), yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Anugerah Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS), yang membawa gelaran Datuk pula diberikan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Johari Bulat; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Halimaton Shaadiah Saad serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Fauzi Mustaffa.

Menerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK), yang membawa gelaran Datuk pula diberi kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAINK), Mohd Yusri Md Daud; Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim; Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahya; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Fikri Ujang dan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Turut menerima DSDK ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syed Yussof Syed Othman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat; Ahli Jawatankuasa Kedah Club dan Dr Sarabjit Singh Perdamen Singh.

Anugerah DSDK turut diterima Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Food, Sydney Lawrance Quays; Ketua Jabatan Pediatrik Putra Medical Centre (PMC), Dr Gunasaegaram Krishnan Chetty; Pakar Bedah Tulang dan Tulang Belakang PMC, Dr Suresh Ramasamy dan Profesor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad.

Anugerah Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP), yang membawa gelaran Datuk pula diberi kepada bekas Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Brig Jen Ahmad Faiezzelan Abdul Karim; Penolong Pengarah EIC Cawangan Khas E Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Dr Lim Joo Soon dan Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Edwin Galan Anak Teruki.

Anugerah Setia Mahkota Kedah (SMK) pula diberikan kepada Timbalan Pengarah SPRM Kedah, Mustafa Kamal Ahmad dan Ketua Sami Wat Nirroharm Saneha, Ai Lap Tim.

Seramai 33 individu pula menerima anugerah Setia Diraja Kedah (SDK), antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim; ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat, Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi; Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Md Khuzai Hussain; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah Ibrahim Ahmad; Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, selain dua lagi menerima Jaksa Pendamai.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok