Maqis rampas 70 tan daging kerbau sejuk beku tanpa permit

April 13, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini melalui Butterworth, semalam.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan berkata, daging itu didapati dibawa masuk tanpa permit sah daripada jabatan berkenaan.

Katanya, empat kontena membawa 2,826 kotak daging kerbau sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM614,605 disita ketika pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth pada jam 2.20 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, kesemua konsainan itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan Maqis.

“Syarikat tersebut gagal mempamerkan maklumat yang dikehendaki pada syarat import permit yang telah diluluskan. Semua dagangan tersebut telah ditahan oleh Maqis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noriah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.

Beliau berkata, Maqis sentiasa memantau semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya, pemeriksaan itu juga bagi memastikan pengimport sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan selain memastikan keselamatan semua bekalan makanan dan dagangan yang masuk ke negara ini.

Berita berkaitan
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Penternak beri ayam makan ganja, daging dan telur lebih berkualiti
June 13, 2022· Dunia
MAQIS kawal sempadan pastikan tiada aktiviti eksport ayam
June 2, 2022· Isu semasa
Bukan produk berasas ikan, tapi babi
May 12, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok