MAQIS kawal sempadan pastikan tiada aktiviti eksport ayam

June 2, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan memastikan tiada aktiviti pengeksportan ayam mulai 1 Jun, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei lalu.

MAFI dalam kenyataan berkata bagi memastikan larangan itu dipatuhi kelulusan permit yang meliputi pengeksportan ayam hidup, karkas ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam, tidak lagi dikeluarkan.

“Semua kelulusan permit untuk membawa keluar komoditi tersebut mulai 1 Jun 2022 dibatalkan dan disekat.

“Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa MAQIS dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MAFI tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728) boleh diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan itu dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut MAFI, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang persoalan mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].

Berita berkaitan
Tak mungkin harga ayam naik mendadak lebih RM9.40 sekilo: Salahuddin
April 15, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Tular gambar Mat Sabu dengan ahli perniagaan, misi ‘telur ayam’?
March 10, 2023· Isu semasa
Tiada permohonan subsidi ayam dan telur dibuka bagi 2023, kata JPV
February 20, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok