Kos tunai haji 2023 naik RM31,000

January 16, 2023 · Isu semasa

Kos menyempurnakan ibadah haji secara muasasah dilaporkan meningkat kepada kira-kira RM31,000 tahun ini, tambahan kira-kira RM2,368 berbanding musim lalu, kata Tabung Haji (TH).

Utusan Malaysia hari ini (16 Januari 2023) memetik Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebagai berkata faktor utama kenaikan harga adalah inflasi dalam ekonomi global, cukai, kadar pertukaran mata wang dan harga hartanah di Makkah dan Madinah.

“Kenaikan ini juga disebabkan caj tambahan melibatkan kemudahan sedia ada dan baharu seperti khemah di Arafah dan Mina, mutawwif (panduan untuk jemaah haji) dan penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi,” katanya dipetik berkata.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk golongan berpendapatan rendah melalui mekanisme Bayaran Haji secara bersasar yang mula diperkenalkan pada musim haji tahun lalu.

Bayaran Haji adalah jumlah yang perlu dibayar oleh seorang jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji iaitu lebih rendah daripada kos sebenar menunaikan haji.

Perbezaan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh TH melalui Bantuan Kewangan Haji atau Hajj Financial Support (HAFIS) untuk jemaah menunaikan haji buat pertama kali secara muassasah.

TH juga menetapkan penerbangan pergi pertama jemaah pada 21 Mei 2023 (Isnin) dan penerbangan pergi terakhir pada 21 Jun 2023 (Rabu), manakala penerbangan pulang pertama pada 6 Julai 2023 (Khamis) dan penerbangan pulang terakhir pada 2 Ogos 2023 (Rabu).

Mengulas lanjut, Syed Saleh berkata, pada musim haji lalu, penetapan Bayaran Haji bersasar adalah pada kadar RM10,980 (38 peratus daripada kos haji) bagi jemaah B40, manakala RM12,980 (45 peratus daripada kos haji) bagi jemaah haji bukan B40.

“TH memberi bantuan sebanyak 62 peratus (RM17,652) bagi seorang jemaah haji golongan B40 manakala 55 peratus (RM15,652) bagi jemaah haji bukan golongan B40. Bagi jemaah muassasah menunaikan haji kali kedua atau lebih, mereka perlu membuat bayaran penuh.

“TH sentiasa berusaha melalui perbelanjaan berhemah dan strategik agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan jemaah haji,” katanya di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, kos haji itu merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Mekah dan Madinah, kos sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak-pihak berwajib di Arab Saudi.

Beliau memberitahu, antara faktor utama kenaikan kos haji adalah inflasi berikutan impak ekonomi global (seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca Co­vid-19), percukaian, kadar pertukaran wang dan pasaran hartanah di Mekah dan Madinah.

“Kenaikan ini juga disebabkan oleh caj tambahan membabitkan kemudahan sedia ada dan baharu yang diberikan termasuk kemudahan khemah di Arafah dan Mina, mutawif dan penggunaan bas yang lebih baik di Arab Saudi.

“Bagi menangani impak kenaikan kos haji ini, TH memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan dan juga memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan,” katanya.

Malaysia memperoleh semula kuota rasmi jemaah haji yang pernah ditetapkan oleh Arab Saudi pada awal 2020 lalu untuk musim haji kali ini iaitu sebanyak 31,600 orang berbanding 14,306 orang pada tahun lepas akibat pandemik Covid-19.

Justeru, mereka yang giliran tahun sepatutnya pada 2020, 2021 dan 2022 akan diberikan keutamaan untuk memenuhi kuota berikutnya bagi menunaikan ibadah haji musim ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok