Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM

January 23, 2023 · Isu semasa

Kenaikkan harga di gerai dan restoran meningkat ekoran kenaikan harga bahan mentah yang dijual pembekal, kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid mendedahkan hasil tinjauan mendapati harga barang mentah naik seperti daging dan ayam menyumbang kepada kenaikan harga makanan yang membimbangkan pengguna, ia sama sekali tidak sama dengan dakwaan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengatakan harga bahan mentah sudah menurun.

“Nampaknya dalam sub kumpulan makanan dan minuman (bukan alkohol), harga daging dan ayam meningkat.

“Akibatnya inflasi ayam dan daging tertinggi berbanding barangan lain, meningkatkan harga makanan bermasak di kedai makan, termasuk di gerai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peningkatan harga bahan mentah itu juga disokong data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang terbaharu.

Beliau berkata, aduan yang diterima daripada pengguna mendapati pengusaha gerai dan restoran menaikkan harga pada kadar 10 hingga 40 peratus.

“Pengguna berasa kenaikan terlalu tinggi dan ini menjejaskan kunjungan pelanggan harian restoran. Pengusaha kedai makan dan minuman memberi alasan mereka terpaksa menaikkan harga kerana harga banyak bahan mentah meningkat.

“Barangan seperti minyak masak, gula, sayur-sayuran, ikan dan bijirin, telur serta daging yang mereka beli daripada pembekal telah dinaikkan,” katanya.

Katanya, MAPIM berpandangan walaupun harga bahan mentah naik, harga makanan bermasak dan minuman tidak harus dinaikkan tanpa kawalan.

Mohd Azmi yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, berkata harga makanan masak dan minuman bukan alkohol didapati semakin tinggi dengan sepinggan nasi berlauk kini meningkat dan sangat dirasai pengguna.

“Hampir semua restoran telah meningkatkan harga, malah ada mengenakan caj hingga 60 sen segelas ais kosong. Kenaikan harga makanan siap masak di kedai atau restoran sedang dirasai pengguna yang bergantung kepada kedai sebagai pilihan utama setiap hari untuk makan.

“Mereka yang bekerja dan makan di luar setiap hari menghadapi kesan yang sangat berat, terutama golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Katanya, golongan berpendapatan rendah tidak punya pilihan, melainkan membeli makanan dan akan menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin berat.

“Menaikkan harga makanan bermasak secara berlebihan akhirnya akan menjejaskan peniaga sendiri apabila pengguna membuat pilihan. Pengguna boleh guna kuasa mereka untuk membeli atau tidak.

“Oleh sebab itu, kenaikan harga yang melampau perlu dikawal. Pihak berkuasa perlu memantau keadaan di pasaran. Walaupun tanda harga wajib dipamerkan di setiap restoran dan gerai, tetapi harga ditetapkan oleh peniaga dan pengusaha,” katanya.

Beliau berkata, faktor bekalan dan harga bahan mentah juga harus ditangani dan kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan pengeluaran domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada import.

“Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 perlu dikuatkuasakan secara berkesan.

“Namun kuasa pengguna juga perlu diguna jika ada pengusaha meraih keuntungan keterlaluan,” katanya turut menyarankan pengguna mengurangkan tabiat makan di luar sebagai langkah penjimatan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Zahid sakit saluran kencing pula, perbicaraan hari ini berakhir awal
August 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
2 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
2 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok