Mangsa banjir semakin berkurangan di lima negeri

December 26, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 37,295 orang daripada 10,944 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri pagi ini.

Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bernama melaporkan kesemua mereka ditempatkan di 233 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus mencatatkan penurunan setakat 8 pagi ini, apabila seramai 681 mangsa daripada 218 keluarga berbanding 685 orang daripada 222 keluarga, semalam, membabitkan lima PPS yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Lima PPS itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, SK Kubang Kual, PPS Putat Tujoh dan Masjid Mukim Padang Licin.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, hanya dua sungai sahaja berada paras waspada iaitu Sungai Golok dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di Selangor, aplikasi InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 16,579 di 86 PPS setakat pagi ini berbanding 16,743 di 87 PPS yang dilaporkan malam tadi.

Setakat 4 pagi tadi, polis Selangor memaklumkan tujuh jalan di enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masih dinaiki air dan ditutup untuk laluan kenderaan membabitkan Jambatan FT 31 Dengkil-Banting (IPD Sepang); jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang ditutup ekoran rosak serta Jalan PJU 7, hadapan MRT Mutiara Damansara ditutup kerana berlubang (IPD Petaling Jaya).

Masih lagi ditutup adalah Jalan Kuala Selangor-Bestari Jaya (IPD Kuala Selangor) dan Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra (IPD Sungai Buloh), manakala di IPD Kajang jalan yang ditutup ialah Jalan Genting Peras-Kuala Klawang manakala Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja (IPD Hulu Selangor).

Di Pahang, aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini ialah seramai 19,839 orang di 137 PPS berbanding 21,726 orang di 148 PPS malam tadi.

Daerah yang masih terjejas banjir ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya dua sungai di Maran berada di paras bahaya dengan trend penurunan pagi ini, iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku dan Sungai Kundang.

Di Negeri Sembilan, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor, berkata mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 152 individu daripada 44 keluarga berbanding malam tadi dengan 203 mangsa daripada 56 keluarga.

Katanya, sebanyak empat PPS yang masih dibuka di Jelebu setakat pagi ini dan keadaan di kesemua PPS dilaporkan dalam keadaan baik dan terkawal.

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus menurun kepada 26 mangsa daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 29 mangsa membabitkan sembilan keluarga, malam tadi.

Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata hanya pusat PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin.

“Kesemua mangsa kini berada di PPS itu manakala di Alor Gajah, semua PPS telah ditutup,” katanya dalam kenyataan.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Waris bayi ditinggalkan tepi longkang sedang dicari
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok