Mangsa banjir Ipoh meningkat, dua pusat pemindahan dibuka

October 5, 2022 · Isu semasa

Susulan bencana banjir di beberapa kawasan di Ipoh semalam, dua pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka pihak keselamatan.

PPS tersebut dibuka di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan berhubung kejadian bencana tersebut pada 10 malam malam tadi.

“Paras air semasa ketika ini adalah satu setengah kaki (lebih kurang setengah meter). Pemantauan banjir di sekitar RPT Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor, satu PPS dibuka di Surau Al Ikhlas.

“Maklumat terkini, satu lagi PPS akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Klebang 2 kilometer (km) dari lokasi banjir. Seramai 60 keluarga dipindahkan ke dua PPS berkenaan,” katanya, malam tadi.

JPBM Perak berkata, pihaknya turut menerima laporan berlaku banjir kilat di Taman Suria di sini.

“Pemantauan dilakukan di sekitar Taman Suria, tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini. Paras air semasa di kawasan berkenaan adalah satu kaki (0.3 meter),” katanya.

Sementara itu, media melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat, seramai 93 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan ke PPS banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Klebang, pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, berkata jumlah mangsa meningkat berbanding 55 orang daripada 21 keluarga dilaporkan malam tadi.

“Setakat jam 8 pagi, 38 lelaki, 40 wanita, sepuluh kanak-kanak dan lima bayi dipindahkan di PPS SK Sri Klebang.

“Laporan akan dikemaskini daripada semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, dua PPS dibuka di sini, susulan banjir kilat di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam dan Kampung Ulu Chepor.

Hujan lebat selama beberapa jam sejak petang menyebabkan beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir.

Berita berkaitan
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu· Isu semasa
Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu kekasih dalam talian
July 18, 2023· Isu semasa
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023· Isu semasa
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023· Politik
Popular
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
1 jam lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok