Mangsa banjir di Perak meningkat malam ini

October 26, 2023 · Isu semasa

Mangsa banjir di Perak meningkat setakat jam 10 malam ini dengan 277 orang daripda 88 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 245 orang daripada 77 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan di daerah Hilir Perak sebanyak 186 mangsa daripada 59 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak melibatkan penduduk Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman, lapor Bernama.

Menurut sekretariat itu, 58 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

“PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian pula menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Matang Tengah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sekretariat tersebut memaklumkan paras air Sungai Bidor setakat ini masih berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 3.97 meter (m) berbanding 4.11m, pagi tadi.

Jabatan Kerja Raya Perak memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh sementara Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid dijadikan sebagai laluan alternatif.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
December 1, 2023
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok