Mangsa banjir di Johor meningkat sedikit, Pahang sedikit menurun

March 8, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat kepada 40,008 orang setakat 8 malam ini, berbanding 39,315 orang pada petang tadi susulan peningkatan mangsa di daerah Batu Pahat.

Bencana banjir melanda beberapa buah negeri di semenanjung yang menyaksikan banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Sementara itu, keadaan di Pahang semakin pulih, apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 2,268 orang berbanding 2,538 pada sebelah petang, lapor Bernama.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 11,383 keluarga ditempatkan di 200 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan lapan daerah terjejas berikutan keadaan banjir di Johor Bahru, pulih sepenuhnya.

“Daripada lapan daerah, Batu Pahat yang paling terjejas dengan mangsa seramai 27,289 orang ditempatkan di 89 PPS; diikuti Muar dengan 4,079 orang (21 PPS) dan Tangkak 2,491 orang (22 PPS),” menurut kenyataan JPBN, malam ini.

Sebanyak 11 sungai masih melepasi aras bahaya, antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 20.19 meter (m); Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 5.46m dan Sungai Muar di Lubok Kepong (Segamat) di paras 18.63m.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 2,255 orang daripada 653 keluarga, ditempatkan di 15 PPS di Rompin, manakala 13 orang daripada dua keluarga masih berada di sebuah PPS di Maran.

Di MELAKA pula, jumlah mangsa banjir di Jasin kekal seramai 606 orang daripada 162 keluarga setakat 8 malam, dengan kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah yang membabitkan 211 orang daripada 56 keluarga.

Menurut kenyataan JPBN, sebanyak 146 mangsa daripada 35 keluarga juga ditempatkan di SK Parit Penghulu; 88 mangsa daripada 22 keluarga di SK Seri Mendapat; 99 mangsa daripada 25 keluarga di SK Sungai Rambai dan 62 mangsa daripada 24 keluarga berada di SK Parit Gantong.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok