Mangsa banjir catat peningkatan di Perak

November 1, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 316 orang daripada 90 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak, lapor Bernama.

Menurut jawatankuasa itu di Kerian, 90 orang daripada 22 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 56 orang daripada 18 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu, manakala di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 183 penduduk daripada 84 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.09 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
23 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok