Malaysia layak ke separuh akhir selepas benam Singapuran 4-1

January 3, 2023 · Isu semasa

Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan menyingkirkan musuh tradisinya Singapura, selepas mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 pada perlawanan penentuan Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, malam ini.

Kemenangan bergaya 4-1 itu dicatatkan dengan sokongan ribuan penyokong setia skuad Harimau Malaya untuk memintas Singapura dan muncul naib juara kumpulan, selepas mengumpul keseluruhan sembilan mata di belakang Vietnam.

Lebih manis, pasukan negara bukan sahaja memperbaiki rekod buruk terkandas di peringkat kumpulan pada edisi lepas, malah turut mengakhiri badi kemenangan berdepan The Lions sejak November 2014, selepas tewas dua dan seri sekali dalam tiga pertemuan terakhir.

Empat gol Malaysia disumbangkan penyerang Darren Lok pada babak pertama, sebelum aksi bertenaga pasukan negara pada babak kedua menyaksikan Malaysia menambah tiga lagi gol menerusi dua jaringan pemain tengah kacukan Malaysia-England Stuart Wilkin, dan pemain naturalisasi Sergio Aguero.

Pada aksi malam ini, pasukan negara mampu mendahului sekurang-kurangnya 2-0 di awal permainan jika tidak kerana penyudah tumpul pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dan pemain pertahanan V. Ruventhiran.

Percubaan Mohamad Faisal dalam kotak penalti selepas menerima hantaran cantik ketua pasukan, Muhammad Safawi Rasid berjaya ditampan Hassan Sunny pada minit kelapan sebelum penjaga gol berpengalaman Singapura itu, menafikan rembatan susulan Ruventhiran.

Mohamad Faisal yang mengumpul tiga gol setakat ini, sekali lagi terlepas peluang keemasan untuk merobek gawang Singapura yang tampil dengan pendekatan taktikal bertahan, apabila percubaannya dari jarak dekat pada minit ke-17, tepat ke Hassan yang mudah menepis bola keluar.

Tindakan pemain Singapura melengah-lengahkan masa akhirnya membawa padah, apabila mereka dihukum dalam satu serangan pantas yang menyaksikan hantaran lintang Muhammad Safawi dari sebelah kanan, tepat ke kepala Darren untuk gol pertama Malaysia pada minit ke-35.

Menyedari kelebihan satu jaringan tidak cukup, Malaysia menggandakan kedudukan lima minit selepas rehat berpunca kesilapan penyerang gantian Singapura Shawal Anuar menahan bola dan dipintas Wilkin untuk melepaskan rembatan kencang dari luar kotak yang gagal ditampan kemas Hassan.

Empat minit kemudian, pemain Sabah FC itu sekali lagi mencuri tumpuan dengan gol kedua peribadinya selepas mengawal bola hantaran Muhammad Safawi dalam kotak penalti dengan baik, sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menyaksikan Hassan tertewas buat kali ketiga.

Ketinggalan tiga gol, Singapura di bawah bimbingan Takayuki Nishigaya baru tampil dengan taktikal menyerang dalam usaha memburu gol dan situasi itu jelas menyaksikan beberapa percubaan berbahaya berjaya dicipta sebelum berjaya meledak gol saguhati menerusi Faris Ramli pada minit ke-85.

Namun, Aguero memastikan Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila melengkapkan kemenangan 4-1 pasukan hasil penyudah dari luar kotak penalti pada minit ke-88.

Kejayaan dicipta pasukan negara malam ini ibarat ulangan pertemuan kedua-dua pasukan pada edisi 2014 di Stadium Nasional Singapura yang menyaksikan Malaysia menang 3-1 sekali gus memintas skuad tuan rumah untuk menempah tempat ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.

Pada aksi separuh akhir, Malaysia dijadual menentang Thailand selaku juara Kumpulan A, manakala Vietnam akan membuat perhitungan berdepan naib juara Kumpulan A Indonesia.

Vietnam menewaskan Myanmar 3-0 pada satu lagi aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sekali gus mengumpul 10 mata, sementara Malaysia kedua (sembilan mata), Singapura ketiga (tujuh mata) manakala Myanmar dan Laos tercorot dengan berkongsi satu mata.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
PMX kata 47 kes mahkamah Zahid dihentikan kerana boleh dipersoalkan: Laporan
September 15, 2023· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok