Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu AS RM14.62 bilion: Azmin

May 11, 2022 · Isu semasa

Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari Amerika Syarikat (AS) dengan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata banyak syarikat yang berpangkalan di AS menyatakan komitmen untuk mengembangkan operasi dan kehadiran mereka di Malaysia semasa TIM AS selama 10 hari yang bermula 8 Mei lepas.

“Kita akan membuat beberapa pengumuman besar dalam beberapa hari akan datang dari segi jumlah pelaburan baharu yang datang daripada komitmen syarikat-syarikat ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Setakat ini, beliau telah bertemu dengan beberapa syarikat teknologi tinggi seperti syarikat semikonduktor global, Texas Instruments Inc. dan pembekal bahan global untuk industri pemasangan elektronik dan pembungkusan semikonduktor, Indium Corporation.

Selain itu, beliau juga dijadualkan untuk menghadiri pertemuan dengan lebih banyak peserta industri teknologi tinggi dalam rangka lawatan ke San Francisco, Seattle dan Los Angeles.

Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meneruskan misi perdagangan untuk menarik lebih banyak pelaburan, dan yakin pelaburan berkualiti tinggi akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk bakat Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, Duta Perwakilan Perdagangan AS, Katherine Tai telah menyambut baik cadangan Malaysia bagi menggerakkan semula Perjanjian Rangka Kerja Pelaburan (TIFA).

Kedua-dua negara diharap dapat memuktamadkan bagi pengaktifan perjanjian itu dalam tempoh terdekat, katanya.

Beliau berkata Malaysia pada dasarnya terbuka untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu dengan AS, memandangkan perbincangan terakhir mengenai TIFA antara kedua-dua negara diadakan pada 2005, dan tiada perkembangan lanjut dicatatkan sejak itu walaupun kedua-dua negara cuba untuk meneliti dan menggerakkannya kembali pada 2017 namun tidak berjaya.

“Tetapi sudah tentu, kita perlu melihat bagaimana TIFA boleh membantu kita dan mengurangkan cabaran global yang kita hadapi sekarang, seperti (untuk memastikan) daya tahan rantaian bekalan,” katanya selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Tai pada Selasa.

Mengenai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dicadangkan Presiden AS Joe Biden, yang dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala berasingan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo pada Selasa, Mohamed Azmin berkata Malaysia terbuka bagi perbincangan lanjut mengenai perkara itu.

“Sebagai sebuah ekonomi kecil seperti Malaysia, kita terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai perkara itu, dan kita mahu memastikan semangat kepusatan ASEAN dihormati, dan memastikan semua negara anggota ASEAN membincangkan perkara itu secara menyeluruh,” katanya.

Memorandum Kerjasama (MoM) bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan ditandatangani antara Mohamed Azmin dan Raimondo selepas mesyuarat dua hala itu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga berkata Tai and Raimondo telah bersetuju untuk meningkatkan perbincangan libat urus dan perundingan antara AS dan Malaysia bagi menangani isu berkaitan amalan perburuhan, tadbir urus selari dengan rangka alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dan piawaian antarabangsa yang pasti memberi kebaikan dan kelebihan kepada syarikat tempatan untuk bersaing di pasaran global.

Selepas mesyuarat dua hala itu, beliau dan Raimondo turut menjadi penganjur bersama sesi meja bulat dengan peserta industri semikonduktor terkemuka AS.

Kedua-dua pemimpin itu akan memastikan daya tahan rantaian bekalan walaupun berlaku peningkatan permintaan bagi semikonduktor dalam sektor automotif, aeroangkasa dan peranti perubatan.

“Syarikat-syarikat tersebut juga memberi jaminan kepada saya bahawa mereka akan terus bantu membangunkan ekosistem dengan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor tempatan di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Malaysia akan permudahkan proses perniagaan untuk tarik pelabur berkualiti: Tengku Zafrul
March 15, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Pelaburan pada 2022 sejumlah RM264.6 bilion, bakal wujudkan 140,370 pekerjaan baharu
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
26 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok