Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram

December 7, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Persekutuan hari ini (Rabu, 7 Disember 2022) menolak permohonan dikemukakan Datuk Seri Najib Razak, untuk melucutkan kelayakan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam perbicaraan menganggu laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan – Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat; Datuk Zabariah Mohd Yusof; dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim – sebulat suara menolak rayuan Najib sambil menyatakan bahawa tiada bukti berat sebelah di pihak Sri Ram berikutan pelantikannya sebagai DPP.

Hakim Vernon Ong yang mengetuai panel itu berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa Sri Ram telah mengambil bahagian dalam proses dan menjalankan siasatan dalam kes IMDB membabitkan Najib.

“Kami tidak fikir Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah melakukan kesilapan undang-undang yang memerlukan campur tangan rayuan,” katanya menurut Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk melucutkan kelayakan seseorang peguam daripada bertindak sebagai DPP dalam mana-mana kes jenayah.

Najib memohon untuk melucutkan kelayakan Sri Ram dalam perbicaraan gangguan auditnya, memohon perisytiharan bahawa terdapat konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram sebagai DPP kanan dan amalan berterusannya sebagai peguam bela dan peguam cara.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa Sri Ram telah bertindak dalam konflik kepentingan pelantikannya sebagai DPP kanan, telah menunjukkan berat sebelah dan mempunyai tanggapan awal dan pra-tentukan tentang kesalahan Najib.

Dalam permohonannya, bekas Presiden UMNO itu juga mahu perintah supaya Sri Ram juga hilang kelayakan daripada terus bertindak sebagai DPP kanan atau hadir bagi pihak pendakwa raya dalam kes jenayah berkaitan IMDB yang lain.

Perbicaraan lain berkaitan 1MDB terhadap Najib yang masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ialah kes IMDB, pecah amanah jenayah yang melibatkan pembayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 15 Februari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Najib berkaitan permohonan itu dan pada 8 September dia juga kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Januari tahun depan untuk membuat keputusannya sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif IMDB Arul Kanda Kandasamy akan dibebaskan atau diperintah membela diri berhubung kes gangguan audit itu.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit IMBD sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya, manakala Arul Kanda, 45, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International pada Ogos tahun ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh Sri Ram.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok