Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO

May 28, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhasrat menggunakan dana daripada tawaran awam permulaan (IPO) untuk melunaskan pinjaman bank dan hutang sedia ada syarikat berkenaan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Seri Najib Razak, Tania Scivetti bahawa 1MDB memperoleh dua aset tenaga dalam usaha meningkatkan kepentingannya dalam sektor tenaga dan akhirnya disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Bernama melaporkan pemerolehan dua pengeluar tenaga bebas oleh 1MDB itu ialah Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd.

Saksi ke-10 pendakwaan itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Scivetti dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB, beliau bersetuju dengan soalan Scivetti bahawa beliau ada menyatakan hasil daripada IPO digunakan untuk membayar pinjaman bank serta melunaskan keseluruhan hutang 1MDB.

Scivetti: Adakah anda bersetuju bahawa idea melancarkan IPO adalah demi kepentingan 1MDB memandangkan dana yang dikumpul akan membantu melunaskan pinjaman yang sedia ada dan membawa masuk aliran wang tunai kepada 1MDB?

Mohd Hazem: Ya

Saksi itu juga bersetuju bahawa rasional jangka panjang di sebalik pemerolehan Tanjong Energy dan Mastika Lagenda adalah untuk mengabungkan kedua-dua syarikat tersebut kepada satu entiti dan seterusnya kepada terbitan IPO di bursa saham.

Beliau turut bersetuju apabila disoal bahawa 1MDB Energy Holdings Ltd disasarkan untuk terbitan IPO.

Scivetti: Adakah anda bersetuju memandangkan liabiliti kewangan yang dihadapi oleh 1MDB pada 2014, anda memberitahu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada 26 Mac 2014 bahawa senaraian IPO akan menjana pulangan antara RM15 hingga RM24 billion?

Mohd Hazem: Saya tidak pasti dengan angka tersebut.

Saksi itu juga bersetuju dengan saranan Scivetti bahawa penyenaraian 1MDB di bursa saham adalah baik untuk memperluaskan aktiviti syarikat.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan awang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok