Lebih AS$670 juta dipindah ke akaun peribadi Najib, kata saksi kes 1MDB

June 16, 2022 · Isu semasa

Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hampir AS$670 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak, melibatkan lima transaksi antara 2011 hingga 2013, termasuk dana daripada Putera Faisal Turkey Al-Saud.

Pengurus Bahagian Unit SWIFT di Ambank (M) Berhad, Wedani Senen, 48, berkata kesemua transaksi itu melibatkan akaun bekas Perdana Menteri itu, berakhir dengan nombor 694.

Saksi pendakwaan ke-29 itu berkata wang berjumlah US$20 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib bernombor 694 oleh Putera Faisal melalui dua transaksi pada 24 Feb 2011 dan 14 Jun 2011.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa pada 30 Okt 2012 dan 19 Nov 2012, sebanyak US$4,999,988 dan US$24,999,988 dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners (syarikat milik sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low iaitu Eric Tan) ke dalam akaun Najib.

Mahkamah juga diberitahu bahawa US$620 juta dipindahkan ke dalam akaun Najib daripada Tanore Finance Corp pada 22 Mac 2013.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada prosiding sebelah pagi, pakar undang-undang bagi Polisi Perniagaan di Unit Polisi Perniagaan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Mohamed Fairudz Mohd Hanif, 38, mengesahkan bahawa dua syarikat iaitu Good Star Limited dan PetroSaudi International Limited (PSI) yang menerima dana sebanyak US$1.83 bilion daripada 1MDB di antara 2009 dan 2011, masing-masing telah dibubarkan pada 2014 dan 2015.

Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low dibubarkan pada 2 Mei 2014, manakala PSI yang dimiliki warga Arab, Tarek Obaid dibubarkan pada 8 April 2015.

Mohamed Fairudz berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada Seychelles Financial Services Authority (Seychelles FSA), selepas LFSA menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat dari empat buah negara pesisir bagi kes 1MDB.

“Negara-negara tersebut adalah British Virgin Island, Seychelles, Caracao dan Cayman Island. SPRM yang mewakili kerajaan Malaysia memohon kepada LFSA bagi mendapatkan maklumat berhubung Good Star Limited dan PSI yang didaftarkan di kepulauan Seychelles,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata susulan itu, beliau telah menghantar satu surat bertarikh 10 Ogos 2018 kepada Ketua Pengarah Eksekutif, Seychelles FSA dan juga kepada Supervision Manager, Seychelles FSA dan jawapan daripada pihak Seychelles FSA diterima selepas dua bulan permohanan itu dibuat.

Beliau berkata menurut pihak Seychelles FSA, kedua-dua syarikat itu yang berada di dalam daftar syarikat Syechelles FSA mempunyai alamat perniagaan yang sama dan menggunakan ejen pendaftaran syarikat yang sama iaitu Vistra (Seychelles) Limited (sebelum ini dikenali sebagai Offshore Incorporations (Seychelles) Limited).

Sebelum ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu mahkamah bahawa US$1.83 bilion dana 1MDB disuntik ke dalam PSI dan Good Star Limited.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok