Lebih 49.58 juta individu terima vaksin dalam tempoh 8 bulan

October 28, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 74.0 peratus atau 24,165,940 individu remaja dan dewasa telah lengkap divaksin sejak 24 Februari lalu sehingga semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dalam tempoh sama sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan, 77.9 peratus atau 25,431,328 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sebanyak 22.8 peratus atau 7,452,854 lagi individu masih belum divaksin, lapor KKM dalam laman sesawang COVIDNOW yang dikemas kini sehingga jam 11.59 malam tadi.

Dalam tempoh itu juga seramai 152,036 individu berusia 60 tahun ke atas dan telah melengkapkan dos kedua masing-masing telah menerima suntikan dos penggalak.

Daripada keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 itu, 94.9 peratus atau 22,214,490 individu dewasa telah lengkap divaksinasi, sementara 97.6 peratus atau 22,839,280 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sebanyak 36,048 dos diberikan, membabitkan 22,756 individu dewasa melengkapkan vaksinasi masing-masing, 7,725 menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 5,567 lagi menerima dos penggalak.

Sementara itu, seramai 1,951,450 atau 62.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi masing-masing, manakala 82.4 peratus atau 2,592,048 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 4.54 juta dos vaksin telah diberikan kepada golongan remaja sejak 20 September lalu. Semalam, 100,426 remaja melengkap vaksinasi, dan 10,768 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok