Lebih 22.1 juta dos vaksin Covid-19 diberi sehingga Selasa

August 4, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian suntikan vaksin secara keseluruhan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari lalu hingga Selasa, 3 Ogos 2021 kini mencecah lebih 22.1 juta dos.

Daripada jumlah itu lebih 14.7 juta suntikan pertama telah diberikan, manakala lebih 7.44 juta penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) terus mencatatkan rekod pemberian vaksin tertinggi berjumlah lebih 8.57 juga membabitkan lebih enam juta penerima dos pertama dan 2.54 juta penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

Semalam sahaja sebanyak 483,368 dos vaksin diberikan membabitkan 240,394 penerima dos pertama dan 242,974 penerima melengkapkan dos kedua.

Selangor mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi sebanyak 98,153 dos membabitkan 25,483 dos pertama dan 72,670 dos kedua, diikuti Johor (51,411 dos) dan Kuala Lumpur (48,798 dos).

Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia menerima 415,000 dos AstraZeneca sumbangan United Kingdom (UK) yang akan diguna sebagai dos pertama.

“Ini adalah dos pertama dan kita bakal menerima satu lagi penghantaran vaksin … kerajaan Malaysia akan mendapat lebih 500,000 dos AstraZeneca pada akhir Ogos dan akan digunakan sebagai dos kedua,” katanya.

Program imunisasi yang dilaksanakan sejak Februari lalu, jauh lebih tinggi daripada kadar kemuncak pemberian vaksin di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan UK yang lebih awal memberikan vaksin Covid-19 itu.

Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Our World in Data, setakat semalam purata vaksinasi bagi setiap 100 individu di Malaysia adalah 1.65.

Peningkatan kapasiti pemberian vaksin Covid-19 harian di Malaysia membolehkan kadar vaksinasi negara perkapita melonjak lebih tinggi berbanding beberapa negara maju lain ketika ini.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok